Ringkasan

Teoh Beng Hock Trust for Democracy, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan pada 2014 untuk menyokong keluarga Teoh untuk menuntut keadilan, memfailkan aduan ini supaya pihak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menubuhkan pasukan petugas untuk menyiasat (1) Federal CID director Comm Datuk Seri Mohmad Salleh, (2)Deputy Federal CID director Deputy Comm Datuk Amar Singh, berkenaan mereka gagal menjalankan siasatan yang bebas, telus dan adil terhadap kes kematian mendiang Teoh Beng Hock di ibu pejabat SPRM Selangor. Kami mengesyaki pihak polis menyelewengkan kuasa mereka untuk melindungi kelakuan jenayah dan seterusnya menjejaskan integriti agensi penguatkuasaan.