Kenyataan Media Teoh Beng Hock Trust for Democracy pada 18hb Ogos 2015

 

Badan Amanah TBH Demi Demokrasi (Teoh Beng Hock Trust for Democracy, TBH) rasa kesal terhadap keputusan mahkamah tinggi menolak tuntutan keluarga Ahmad Sarbani pada 17hb Ogos 2015, dengan alasan bahawa plaintif gagal membuktikan kematian Ahmad Sarbaniadalah disebabkan kecuaian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), walaupun hakim Kamaludin bersetuju pada ketika itu Sarbani adalah dibawah jagaan dan kawalan SPRM.

TBH berpendapat SPRM mesti bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian Ahmad Sarbani kerana SPRM sememangnya bertanggungjawap menjaga keselamatan seseorang di bawah tahanannya. Kematian dalam bilik siasatan memang satu kecuaian SPRM yang tidak boleh dinafikan. Dakwaan bahawa Sarbani ‘keluar tingkap bilik siasatan sendiri’ adalah langsung tidak masuk akal, tiada sesiapa pun akan pilih tempat agensi kerajaan untuk bunuh diri.

Kes kematian Ahmad Sarbani amat mencurigai. Rekod video SPRM ketika itu “dibuang secara tidak sengaja” menunjukkan pihak tertentu cuba menyembuyikan kebenaran kes Sarbani. Pegawai SPRM juga pernah mengatakan kepada isteri Sarbani bahawa “Bukan saya, orang lain….”, polis telah gagal menyiasat kes ini secara teliti dan profesional.

Oleh itu, Badan Amanah TBH demi Demokrasi menyeru supaya parlimen merombak semula undang-undang supaya meletakkan beban pembuktian tidak bersalah dalam kes kematian dalam lokap ke atas bahu penguatkuasa, berbanding dengan sistem sekarang iaitu pihak mangsa dikehendaki membuktikan pihak penguatkuasa telah melakukan kecuaian yang menyebabkan kematian mangsa tahanan. Parlimen harus memastikan undang-undang Malaysia menghormati hak asasi manusia dan pihak penguatkuasa bertanggungjawap ke atas kematian atau kecederaan terjadi dalam lokap atau bilik siasatannya.

 

Badan Amanah TBH Demi Demokrasi