Kenyataan Media  Bersama 07-01-2016

 

Badan Amanah TBH demi Demokrasi dan Bahagian Wanita Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor menggesa Perdana Menteri menunaikan resolusi kabinet beberapa tahun dahulu iaitu dalam kontroversi penukaran agama, kanak-kanak mesti dibesarkan dengan agama ibubapa waktu perkahwinan.

Kedua-dua organisasi melahirkan kekesalan terhadap interpretasi terpilih dan sempit mahkamah rayuan dalam kes penukaran agama anak Indira Gandhi. Dua orang hakim mahkamah rayuan menolak keputusan mahkamah tinggi yang memutuskan adalah salah untuk menukarkan agama anak secara unilateral, berdasarkan seksyen 121 (1A) perlembagaan persekutuan yang mengatakan mahkamah tinggi tidak ada hak menyemak perkara di bawah jurisdisi mahkamah syariah. Ini sebenarnya menggagalkan tanggungjawab dan melucutkan hak unggul yang diperuntukkan pada mahkamah sivik oleh perlembagaan persekutuan.

Kedua-dua organisasi berpendapat bahawa pemimpin politik mesti mempunyai political will untuk menangani kontroversi tersebut, meminda perlembagaan persekutuan untuk mengesah kedudukan unggul mahkamah sivik dan perhubungan sekunder mahkamah syariah, untuk mempertahankan hak kebebasan agama rakyat, khususnya bukan muslim.

Adalah ditegaskan bahawa kerajaan dan pemimpin politik tidak harus mengapi-apikan emosi rakyat, mengkritik melalui media tetapi tidak mencari jalan penyelesaian bagi kes penukaran agama dengan saluran dalaman kerajaan. Sebenarnya kes ini dab juga kes-kes lain yang saksama boleh diselesaikan jikalau badan-badan kerajaan boleh menegakkan keadilan, malangnya Indira Gandhi terpaksa membawa kes ke mahkamah sebab badan kerajaan gagal mempertahankan hak asasi beliau.

Mahkamah sivik adalah tulang belakang sistem kehakiman Malaysia dan peranannya jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan, mahkamah syariah hanya ditubuhkan dibawah perundangan negeri. Maka keengganan mahkamah rayuan menyemak kes tersebut telah merendahkan kedudukan sendiri dan mengabaikan jaminan kebebasan beragama di bawah seksyen 11 Perlembagaan Persekutuan. Ia mengancam kebebasan beragama bukan muslim, merosakkan prinsip semangat rule of law dan kesaksamaan semua rakyat

Akhirnya, kedua-dua organisasi  menyeru semua parti politik mengemukakan usul untuk meminda seksyen 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, menyatakan dengan jelas bahawa semua kontroversi agama antara muslim dan bukan muslim, mesti diuruskan oleh mahkamat sivik. Dengan ini boleh mempertahankan sistem demokrasi dan kedudukan sekular justeru menyelesaikan masalah penukaran agama kanak-kanak secara muktamad.

 

Badan Amanah TBH Demi Demokrasi &
Bahagian Wanita Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor