KENYATAAN BERSAMA BERKENAAN PEMANSUHAN AKTA HASUTAN DAN PEMBENTUKAN GERAKAN HAPUS AKTA HASUTAN (GHAH)

5 September 2014, Kuala Lumpur

Kami, pertubuhan-pertubuhan seperti di bawah sesungguhnya membantah sekeras-kerasnya penggunaan berterusan undang-undang zalim, kolonial  dan tidak demokratik iaitu Akta Hasutan 1948.

Akta Hasutan ini merupakan suatu undang-undang zalim yang digubal oleh penjajah British untuk menyekat kebebasan bersuara dan pendapat moyang kita yang telah berjuang untuk kemerdekaan negara. Undang-undang ini perlu dihapuskan jika kita ingin menjadi negara yang benar-benar merdeka.

Akta Hasutan ini mempunyai tafsiran yang terlalu luas dan amat mudah untuk disalahgunakan oleh kerajaan. Ia boleh dan sedang digunakan untuk memperjenayahkan apa-apa ucapan bersifat demokratik termasuk kritikan terhadap kerajaan, pemimpin atau parti politik pemerintah. Menurut Akta Hasutan, hampir semua kenyataan atau terbitan yang boleh dipertikaikan walaupun tidak serius boleh dianggap sebagai hasutan. Akta Hasutan ini secara jelas sedang disalahgunakan untuk melindungi kerajaan dan kepentingan mereka, untuk menekan ahli-ahli politik pembangkang dan mereka yang membantah, melarang sesetengah isu dari diutarakan, menyekat hak kebebasan dan menimbulkan rasa takut membelenggu sebagaimana semasa pemerintahan kuku besi rejim Mahathir.

Aliran ini dengan jelas diperlihatkan di dalam sabitan pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar pada Jun 2013 dan bekas pengerusi kebangsaan DAP, mendiang Karpal Singh pada Febuari 2014.

Sejak sebulan kebelakangan ini, Akta Hasutan telah digunakan secara melulu dalam satu arus penindasan politik baru yang amat dasyat dan rakus, dimana sasaran mereka termasuk wakil rakyat dan peguam yang mempunyai tanggungjawab untuk bersuara mengenai isu-isu berkepentingan awam.

Adalah amat membimbangkan bahawa dengan pendakwaan terpilih di bawah Akta Hasutan yang dilakukan oleh Peguam Negara yang jelas mensasarkan mereka yang kritikal terhadap kerajaan.

Antara mereka yang telah didakwa adalah:

1.         David Orok                                         Member, Sabah Reform Party
2.         Azmi Sharom                                      Law professor, University of Malaya
3.         N Surendran                                        Lawyer, Padang Serai MP
4.         Khalid Samad                                     Shah Alam MP
5.         RSN Rayer                                          Lawyer, Seri Delima ADUN
6.         Abdullah Zaik Abdul Rahman        President, Ikatan Muslimin Malaysia
7.         Teresa Kok                                          Seputeh MP
8.         Chua Tian Chang                               Batu MP
9.         Hishamuddin Rais                            Social Activist
10.       Adam Adli                                           Student Activist
11.       Safwan Anang                                      Student Activist
12.       Haris Ibrahim                                      Lawyer/ Social Activist
13.       Tamrin Tun Abdul Ghafar                 Political Activist
14.       Md Shuhaimi Shafie                           Sri Muda ADUN

Lain-lain yang telah disiasat termasuk:

1.         Viktor Wong                                       Activist, Parti Rakyat Malaysia
2.         Susan Loone                                       Journalist, Malaysiakini
3.         Hassan Karim                                    Lawyer/ PKR Johor Vice Chairman
4.         Rafizi Ramli                                        Pandan MP
5.         Ali bin Jalil                                          Member of public
6.         17-year-old schoolboy                      (unnamed)
7.         Mohammad Nizar Jamaluddin      Changkat Jering ADUN

Perdana Menteri telah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan pada 11hb Julai 2012 dan 3hb Julai 2013. Adalah amat memeranjatkan bahawa walaupun janji telah dibuat kepada rakyat Malaysia, namun penggunaan Akta ini meningkat secara berleluasa.

Akta Hasutan sedang digunakan sebagai suatu jenis ISA baru untuk menyekat dan menindas parti pembangkang, masyarakat sivil dan orang awam.

Pada waktu kritikal, apabila hak asasi manusia kita sedang ditekan sewenang-wenangnya, kami, gabungan pertubuhan seperti di bawah dengan ini ingin menyokong pembentukan Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH).

Objektif GHAH adalah untuk melaksanakan kempen secara kebangsaan untuk menghentikan ancaman terhadap kebebasan bersuara dan berpendapat oleh Akta Hasutan yang mencengkam setiap warganegara Malaysia.

Tuntutan-tuntutan kami adalah:

–          MANSUHKAN AKTA HASUTAN 1948

–          GUGURKAN SEMUA PENDAKWAAN

–          BEBASKAN SEMUA YANG TELAH DIPENJARAKAN DIBAWAH AKTA HASUTAN

–          TIADA UNDANG-UNDANG GANTIAN YANG SERUPA ZALIM

GHAH akan dilancarkan secara rasmi pada 15hb September 2014 dan akan menjelajah ke seluruh negara bagi mendesak demi mencapai tuntutan-tuntutan kami diatas.

Disokong oleh:

  1. Aliran
  2. All Women’s Action Society (AWAM)
  3. Amnesty International Malaysia
  4. Anak Muda Sarawak
  5. Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga AMAN)
  6. Asian Law Students Association (ALSA)
  7. Association of Women Lawyers
  8. Baramkini
  9. Bersih Sibu
  10. Borneo Resources Institute (BRIMAS)
  11. Center for Independent Journalism (CIJ)
  12. Center for Orang Asli Concerns (COAC)
  13. Center for Reform, Democracy and Social Initiatives (CRD)
  14. Center to Combat Corruption and Cronyism (C4)
  15. Community Action Network (CAN)
  16. Dam the Dams
  17. Dapur Komuniti Serdang
  18. Dignity International
  19. ENGAGE
  20. Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)
  21. Friends of Kota Damansara
  22. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (G.A.M.I.S.)
  23. Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia 大马留台联总
  24. Gerakan Bunga Raya
  25. Global Bersih
  26. Himpunan Hijau
  27. Institute for Democracy and Economic Affairs Studies (IDEAS)
  28.  Institute for Development of Alternative Living (IDEAL)
  29. Institute for Leadership and Development Studies (LEAD)
  30. Islamic Renaissance Front (IRF)
  31. Japan Graduates’ Association of Malaysia (JAGAM)
  32. Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS)
  33. Jihad for Justice
  34. Johor Yellow Flame (JYF)
  35. Kajian Politik untuk Perubahan
  36. Kelab Bangsar Utama
  37. Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS)
  38. Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall
  39. Kuen Cheng Alumni Association
  40. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
  41. Lawyers for Liberty
  42. Legasi Mahasiswa Progresif
  43. Life for Democracy
  44. Linkaran Islam Tradisional
  45. LLG Cultural Development Centre
  46. Malaysia Indians Progressive Association (MIPAS)
  47. Malaysia Physicians for Social Responsibility
  48. Malaysia Youth and Students’ Democratic Movement (DEMA)
  49. Malaysia-China Chamber of Commerce
  50. Malaysian Youth Care Association (PRIHATIN)
  51. Mama Bersih
  52. Monitoring Sustainability of Globalisation (MSN)
  53. Nanyang University Alumni Association
  54. National Indian Rights Action Team (NIAT)
  55. National Oversight and Whistleblowers (NOW)
  56. Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall
  57. New Era College Alumni Association
  58. Northern Green Youth
  59. Pahang Raub Ban Cyanide in Gold Mining Action Committee
  60. Parti Sosialis Malaysia, Cawangan Nusajaya
  61. Partners of Community Organizations in Sabah (Pacos Trust)
  62. Pax Romana International Catholic Movement for Intellectual and Cultural Affairs (ICMICA)
  63. Penang Forum Steering Committee
  64. People Welfare and Rights Organisation (POWER)
  65. Perak Green Pioneer (PGP)
  66. Perak Women for Women Society (PWW)
  67. Persahabatan Semparuthi, Johor
  68. Persatuan Alumni PBTUSM Kuala Lumpur & Selangor
  69. Persatuan Bahasa Tionghua Northern Region Alumni
  70. Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Sains Malaysia
  71. Persatuan Bekas Siswazah Universiti and Kolej di China
  72. Persatuan Hopo Kuala Lumpur & Selangor, Bahagian Belia 隆雪河婆同乡会青年部
  73. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
  74. Persatuan Koh Yew Kuala Lumpur & Selangor 隆雪高要会馆
  75. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor & Kuala Lumpur
  76. Persatuan Masyarakat Selangor (PERMAS)
  77. Persatuan Rapat Malaysia (RAPAT)
  78. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
  79. Projek BERES
  80. Projek Dialog
  81. Pusat Komas
  82. Rainbow Genders Society
  83. Research for Social Advancement (REFSA)
  84. Sabah Environmental Protection Association (SEPA)
  85. Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO)
  86. Sahabat Rakyat Working Committee
  87. SAVE Rivers
  88. Saya Anak Bangsa Malaysia ( SABM )
  89. School of Acting Justly, LovingTenderly n Treading Humbly (SALT)
  90. Selangor & Federal Territory Chung Shan Association 雪隆中山同乡会
  91. Selangor and Kuala Lumpur Hokkien Association
  92. Selangor Hokkien Association Youth Section
  93. Sembang Sembang Forum
  94. SHIELD Tam (ST)
  95. Sisters in Islam
  96. Student Progressive Front of Universiti Putra Malaysia (Gerakan Mahasiswa Maju University Putra Malaysia)
  97. Students Progressive Front University Sains Malaysia
  98. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  99. Tamil Foundation Malaysia
  100. Tamilar Action Force (TAF)
  101. Tenaganita
  102. Teoh Beng Hock Trust for Democracy
  103. Tindak Malaysia
  104. The Selangor & Kuala Lumpur Kwang Tung Association Youth Section
  105. The Selangor & Kuala Lumpur Nan Ann Association雪隆南安会馆
  106. United Chinese Scholl Alumni Associations of Malaysia (UCSAAM)
  107. Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM)
  108. Women Development of Malaysia PJ New Town Branch
  109. Women’s Aid Organization (WAO)
  110. Women’s Centre for Change
  111. Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
  112. Youth for Change (Y4C)