“Kempen Kembalikan Selangorku: Reben Hitam”
18hb Ogos 2014

“Kempen Kembalikan Selangorku: Reben Hitam” berpuas hati terhadap keputusan Jawatankuasa PAS Pusat semalam yang mendahulukan persefahaman ketiga-tiga anggota parti Pakatan Rakyat lalu menyokong keputusan Pakatan Rakyat dalam sebulat suara. Keputusan yang dibuat oleh PAS pada masa kritikal ini adalah amat penting iaitu terus berganding bahu dengan Pakatan Rakyat. Hanyalah kerjasama ketiga-tiga anggota parti dapat meneruskan dan memperluaskan haluan demokrasi Malaysia.Keputusan ini menunjukkan PAS menghormati hasrat pengundi yang telah mengundi Pakatan Rakyat sebagai pemerintah kerajaan gabungan negeri Selangor dalam Pilihanraya Umum 13. Tindakan ini tidak mengecewakan harapan, kepercayaan dan mandat para pengundi, dan ini juga telah melaksanakan deklarasi politik bersama dan manifesto Pakatan Rakyat.

Sementara itu, menurut sistem pemerintahan monarki berperlembagaan, parti pemerintah kerajaan berhak untuk memilih calon Ketua Eksekutif untuk dilantik oleh pemerintah. Dengan ini, Kempen Reben Hitam menyokong calon Menteri Besar baru yang dicadangkan oleh parti pemerintah untuk menggantikan Tan Sri Khalid yang telah disingkirkan oleh Parti Keadilan Rakyat. Kami juga amat berbangga kerana gender bukan merupakan faktor semasa mencadang dan memilih calon Menteri Besar Selangor.

Dengan ini, kempen ini dengan sesungguhnya menyeru bahawa Khalid yang tidak berparti meletak jawatan sebagai Menteri Besar. Dengan ketiadaanya sokongan parti pemerintah negeri, maka tiada lagi mandat untuk Khalid menjawat jawatan Menteri Besar. Berpegang kepada jawatan itu seolah-olah suatu penghinaan pilihan pengundi Selangor dalam Pilihanraya Umum ke-13. Khalid kini telah menjadi penghalang bagi negeri Selangor untuk maju ke depan. Meletak jawatan telah menjadi pilihan Khalid yang satu-satunya. Merujuk kepada kenyataan Khalid yang menuduh bahawa Pakatan Rakyat adalah tidak sah kerana tidak mendaftar, kempen ini berpendapat bahawa walaupun Pakatan Rakyat adalah tidak sah dalam sisi undang, tapi ia adalah sah menurut pilihan rakyat. Yang anehnya pula, Khalid menyertai plilihanraya umum yang lepas dengan menjadi calon Pakatan Rakyat untuk mendapatkan jawatan ADUN Pelabuhan Klang.

Kami amat berterima kasih kepada rakan-rakan dan pengundi-pengundi negeri Selangor yang mengikuti Kempen Reben Hitam. Krisis Menteri Besar Selangor ini dapat meningkatkan kefahaman orang ramai terhadap cara operasi sistem pemerintahan monarki berperlembagaan dan ini merupakan peluang pendidikan yang baik untuk meningkatkan kesedaran demokrasi.

“Kempen Kembalikan Selangorku: Reben Hitam” akan terus mengikut perkembangan isu Menteri Besar dan kempen akan dilancarkan pada masa yang kritikal supaya pendapat pengundi Selangor dapat disampaikan.