Forum umum “Keadilan untuk Zara dan Beng Hock” (Sandakan) 巡回讲座“为扎拉和明福伸张正义”(山打根场)

Sekitar 80 orang warga Sandakan menghadiri forum “Keadilan untuk Zara dan Beng Hock” yang dianjurkan oleh Persatuan Teoh Beng Hock untuk Perkembangan Demokrasi di Sandakan, Sabah malam tadi.

Aktivis hak kanak-kanak, Rien SD, berkata bahawa kerajaan hari ini sudah tidak lagi mampu melindungi nyawa rakyat, seperti yang dapat dilihat dalam kes Zara dan Beng Hock. Sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk kanak-kanak, namun kes buli yang menyebabkan kematian Zara tetap berlaku.

Beliau menyeru kerajaan supaya mengembalikan hak kanak-kanak seperti yang termaktub dalam konvensyen antarabangsa, dan melindungi hak mereka untuk ke sekolah dengan selamat. Beliau percaya bahawa Zara telah menjadi lambang perjuangan menuntut keadilan, dan ramai rakyat Sabah yang sebelum ini berdiam diri kini sudah bangkit dan turun ke jalan raya menuntut reformasi sistem demokrasi.

Beliau mengkritik Perdana Menteri Anwar yang dahulunya aktif menyertai protes jalanan semasa zaman mahasiswa, tetapi gagal melaksanakan reformasi institusi setelah memegang tampuk kuasa.

Adik mendiang Teoh Beng Hock, Lee Lan, mengkritik hasil siasatan polis dan Jabatan Peguam Negara yang menyatakan “tiada tindakan lanjut diperlukan”. Beliau menyatakan bahawa bekas Peguam Negara Tommy Thomas telah menggunakan Seksyen 342 Kanun Keseksaan (kurungan salah) untuk membuka siasatan, namun pihak polis tetap berkeras menyiasat dari sudut bunuh diri, yang akhirnya membawa kepada keadaan sekarang.

Beliau mengecam Perdana Menteri Anwar kerana mungkir janji semasa bertemu keluarga Teoh. Anwar telah meminta keluarga Teoh memberi peluang kepada “pasukan polis baharu” untuk menyiasat dan menegaskan bahawa siasatan itu akan merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan. Lee Lan berkata, hakim Mahkamah Rayuan, Hamid Sultan, telah dengan jelas menyatakan bahawa kes Beng Hock sepatutnya disiasat di bawah seksyen berkaitan pembunuhan atau homisid. Mengapa pihak polis enggan mematuhi arahan tersebut?

Lee Lan mempersoalkan: jika Anwar gagal menunaikan janji kepada keluarga Teoh, bagaimana rakyat boleh mempercayai janji-janji yang akan dibuat beliau dalam pilihan raya Sabah yang bakal tiba? Beliau menyatakan bahawa selepas 16 tahun, keluarga Teoh sudah hilang kepercayaan terhadap polis, dan sekali lagi menggesa Anwar untuk menjemput pakar siasatan jenayah antarabangsa, bagi menjalankan siasatan secara profesional dan bebas.

Peguam hak asasi manusia, Steve Chew, menolak kenyataan Jabatan Peguam Negara bahawa tiada bukti mencukupi untuk mendakwa. Beliau berkata keputusan Mahkamah Rayuan, laporan inkues, serta keterangan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan bukti penting dalam kes Beng Hock. Isunya ialah pihak polis tidak mahu menahan dan menyoal siasat pegawai SPRM.

Pengerusi Persatuan Teoh Beng Hock untuk Perkembangan Demokrasi, Ng Yap Hwa, berkata SPRM telah diberikan kuasa yang terlalu besar sehingga mereka boleh menyoal siasat saksi tanpa had masa. Akibatnya, Teoh Beng Hock telah ditahan pada jam 6 petang dan meninggal dunia sekitar jam 6 atau 7 pagi keesokan harinya.

Beliau menggesa kerajaan untuk meminda undang-undang bagi mengehadkan masa soal siasat SPRM, dan turut menggubal Akta Anti-penyeksaan untuk menghapuskan semua bentuk penderaan — termasuk keganasan oleh pegawai penguat kuasa di dalam lokap, kes buli di sekolah, dan kes latihan paksa yang membawa maut di kem tentera laut.

约八十名市民出席了昨晚赵明福民主促进会于沙巴山打根举行的“为扎拉和明福伸张正义”论坛。

儿童权利倡议者Rien SD说,今日的政府已无法保护人民的生命,无论在扎拉和明福案件都是如此。学校本是儿童安全学校的地方,却发生如扎拉的霸凌命案。

他要求政府归还儿童在国际公约中应有的儿童权利,保护他们安全上学的权利。他认为扎拉已经成为追求正义的象征,许多沉默的沙巴人民已不再沉默,走上街头要求民主改革。

他批评首相安华在学生年代也是积极的街头运动参与者,上台后却无法落实制度改革。

赵明福胞妹丽兰批评警方和总检察署的无需进一步行动的调查结果。她说前总检察长援引刑事法典342条文(非法囚禁)调查,警方坚持以自杀角度调查,才导致今天的局面。

她抨击首相安华违背会见赵家时的承诺,安华要求赵家给“新警队”机会调查,并强调该调查将参考上诉庭判决。她说上诉庭法官哈密苏丹清楚说明明福案件应以谋杀或他杀条文调查,为何警方拒绝遵从指令?

丽兰质问,如果安华对赵家无法遵守承诺,安华又岂会实现即将来临的沙巴州选期间他所做的承诺?她表示十六年来赵家对警方已失去信心,她再次呼吁安华邀请国际刑事调查专家,拉马进行专业和独立的调查。

人权律师周本兴驳斥总检察署证据不足以提控的言论。他说上诉庭的判决、验尸庭报告,以及反贪会官员作为人证,都是明福案的证据。关键在于警方不愿逮捕和盘问反贪会。

赵明福民主促进会主席黄业华说,反贪会被赋予太大的权利,导致他们可以不受时间限制盘问证人,才导致赵明福于傍晚6点被逮捕,并与隔天凌晨六、七点死亡。

他呼吁政府修改法令限制反贪会的盘问时间,也制定反酷刑法杜绝所有酷刑,包括扣留所内发生的执法人员暴力、校园内的霸凌和海军基地发生的强迫学员训练导致死亡案件。