Setahun tiada jawapan — gesa siasatan 302 kes J Soosaimanicckam 促以谋杀条文重查苏赛马尼死亡案

Tiada jawapan selepas satu tahun, keluarga dan Gabungan Menggesa Siasatan semula di bawah seksyen 302 (pembunuhan) terhadap kes kematian J Soosaimanicckam
[Kenyataan media Gabungan Mangsa-Mangsa Penyeksaan dan Kematian Dalam Tahanan pada 15hb Ogos 2025 di Kuala Lumpur]

Pada 14hb Ogos 2024, Gabungan Mangsa-Mangsa Penyeksaan dan Kematian Dalam Tahanan menganjurkan sidang media di parlimen, menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen Gopeng Tan Kar Hing dan Ahli Parlimen Sungai Siput Kesavan, menggesa Peguam Negara dan pihak polis melakukan siasatan bebas terhadap kes kematian kadet tentera laut J Soosaimanicckam di pangkalan laut Lumut pada tahun 2018.

Pada 29.7.2024 Mahkamah Tinggi Ipoh telah memutuskan bahawa kematian mendiang adalah disebabkan homisid (homicide) iaitu beliau telah dibunuh. Mahkamah juga memutuskan bahawa pembunuhan ini adalah akibat tindakan langsung pegawai-pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia.

Pihak keluarga mendiang Soosaimanicckam telah pun membuat laporan polis di IPD Petaling Jaya pada 1.8.2024 menuntut suatu siasatan pembunuhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan susulan dari keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut dan juga telah serahkan memorandum kepada Pejabat Ketua Polis Negara di Bukit Aman pada 8 Ogos 2024. Selain itu juga telah serahkan satu memorandum kepada Jabatan Peguam Negara Putrajaya pada 13 May 2025.

Sehingga kini, pihak keluarga mendiang tidak dihubungi oleh pihak polis dan tidak dimaklumkan sama ada siasatan sedang dijalankan atas kematian mendiang Soosamanicckam selaras dengan laporan tersebut dan keputusan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut.

Keluarga dan Gabungan Mangsa-Mangsa Penyeksaan dan Kematian Dalam Tahanan menuntut satu siasatan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dibuka dan dikendalikan oleh pasukan khas PDRM di Bukit Aman. Seperti dilakukan dalam kes Zara Qairina Mahathir di Sabah.

Siasatan yang dijalankan harus memberi pertimbangan sewajarnya kepada keputusan homisid yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh. Perkembangan siasatan dikomunikasikan kepada pihak keluarga untuk memastikan ketelusan siasatan.

Ahli Parlimen Gopeng Tan Kar Hing bersetuju dengan tuntutan keluarga dan gabungan, beliau meminta pihak berkuasa yang berkaitan memberi satu jawapan yang jelas kepada keluarga J Soosaimanicckam. Beliau akan membangkitkan perkara di di dalam debat Dewan Rakyat.

Syed Mohamad Shariff Bin Syed Mohamed Nur
Penyelaras
Gabungan Mangsa-Mangsa Penyeksaan dan Kematian Dalam Tahanan

死者家属与联盟敦促当局重新以《刑事法典》第302条(谋杀)条文调查苏赛马尼死亡案
[酷刑与扣留所死亡受害者联盟媒体声明,2025年8月15日于吉隆坡发出]

2024年8月14日,酷刑与扣留所死亡受害者联盟在国会召开记者会,并向务边区国会议员陈家兴与和丰区国会议员柯沙文(Kesavan)递交备忘录,敦促总检察署与警方就海军学员苏赛马尼(J Soosaimanicckam)于2018年在红土坎海军基地死亡一案展开独立调查。

2024年7月29日,怡保高等法院裁定死者的死亡属于他杀(homicide),即死者是被人杀害。法庭也指出,这起谋杀案是由马来西亚皇家海军军官的直接行为所造成。

死者家属已于2024年8月1日在八打灵再也警区总部报案,要求警方根据怡保高庭的裁决,援引《刑事法典》第302条(谋杀)展开调查。家属随后也于2024年8月8日向位于武吉阿曼的全国总警长办公室递交备忘录,并于2025年5月13日向布城总检察署提交另一份备忘录。

然而,至今死者家属仍未接获警方的任何联络,也未被告知是否有针对死者苏赛马尼的死亡展开调查,或有关调查是否根据高庭裁决进行。

死者家属及酷刑与扣留所死亡受害者联盟要求警方根据《刑事法典》第302条(谋杀)正式立案调查,并由武吉阿曼皇家警察总部的特别调查小组负责办理此案,如同处理沙巴扎拉(Zara Qairina Mahathir)案件那样。

调查过程中必须充分考虑怡保高等法院关于他杀的裁决,并将调查进展及时告知死者家属,以确保调查的透明度。

务边区国会议员陈家兴也认同死者家属与联盟的诉求,呼吁有关当局给予苏赛马尼家属一个明确的交代,并承诺将在国会下议院辩论中提出此事。

酷刑扣留所死亡受害者联盟协调员
赛莫哈末沙烈夫(Syed Mohamad Shariff Bin Syed Mohamed Nur)