Kenyataan Media 44 Pertubuhan Belia : Kes Kematian Teoh Beng Hock: Ukuran Nilai Kemanusiaan dan Integriti Pakatan Harapan (21/7)

Kes Kematian Teoh Beng Hock: Ukuran Nilai Kemanusiaan dan Integriti Pakatan Harapan

Pada hari memperingati pemergian mendiang Teoh Beng Hock, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengeluarkan kenyataan memohon maaf, manakala pimpinan DAP pula mengadakan sidang media untuk memohon maaf dan menggesa keluarga Teoh agar menerima bayaran pampasan kewangan secara tanpa syarat. 

Namun amat mengecewakan, baik pihak kerajaan mahupun parti politik seakan-akan mengelak daripada menangani inti pati sebenar kes ini, iaitu tiga tuntutan utama keluarga Teoh: i. mencari kebenaran, ii. menegakkan keadilan dan iii. melaksanakan reformasi institusi. 

Sekiranya kerajaan cuba menutup kes ini dengan pampasan wang ringgit, atau memperkecilkan tragedi ini kepada urusan peribadi antara DAP dan keluarga mangsa, implikasinya adalah ia akan membiarkan penyalahgunaan kuasa dalam institusi berleluasa serta menyemarakkan budaya ‘bebas daripada hukuman’ dalam kalangan penguatkuasa.

Lebih mengecewakan lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution masih membisu mengenai isu hak asasi manusia yang penting ini sejak pengumuman keputusan NFA (no further action). Hal ini satu kegagalan kepemimpinan yang serius.

Perdana Menteri sering tampil di pentas antarabangsa; contohnya, sehari selepas ulang tahun kematian mendiang Teoh Beng Hock, beliau mengecam serangan udara Israel terhadap Syria. Pendirian ini wajar dipuji. Namun kami mendesak Perdana Menteri untuk menunjukkan kelantangan dan komitmen yang sama dalam menangani ketidakadilan di dalam negara, seperti kes Teoh Beng Hock. Jika tidak, komitmen hak asasi manusia kerajaan hanya akan dilihat sebagai retorik kosong dan bahan ketawa di mata dunia.

Kes ini melibatkan nyawa seorang rakyat, penyalahgunaan kuasa awam, integriti institusi, dan maruah negara. Oleh itu, kami mendesak Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri sendiri tampil menjawab tiga tuntutan keluarga Teoh:

Mencari Kebenaran: Menubuhkan pasukan siasatan jenayah antarabangsa dan profesional yang bebas, seperti yang disarankan oleh keputusan Mahkamah Rayuan, untuk menyiasat kematian ini secara menyeluruh dan mengenakan tindakan terhadap semua pegawai SPRM yang terlibat.

Tegakkan Keadilan: Mendakwa dan mensabitkan kesalahan terhadap pegawai yang melanggar hak asasi manusia bawah Seksyen 302 atau 304 Kanun Keseksaan.

Reformasi Institusi: Melaksanakan pindaan undang-undang dengan segera bagi mengelakkan kematian dalam tahanan akibat salah guna kuasa. Ini termasuk meminda Seksyen 30 Akta SPRM yang berkait dengan had masa soal siasat dan rakaman kenyataan, serta menggubal undang-undang menentang penyiksaan.

    Kami juga ingin mengingatkan Pakatan Harapan tentang tanggungjawabnya sebagai parti komponen pemerintah. Dahulu, pimpinan PH lantang mengkritik kelemahan kerajaan lama dan memohon mandat rakyat untuk menuntut keadilan buat mendiang Teoh Beng Hock. Hari ini, setelah mendapat kuasa pentadbiran, siasatan, penguatkuasaan dan pendakwaan, dengan portfolio Menteri Dalam Negeri disandang oleh senator PKR sendiri, PH tidak lagi boleh beralasan atau menuding jari.

    Dengan kuasa siasatan dan pendakwaan yang ada, kerajaan boleh dan wajar menyiasat semula dan mengambil tindakan sewajarnya. Malah, setelah hampir 52 bulan atau lebih 4 tahun mentadbir mulai tahun 2018,alasan “reformasi perlukan masa” tidak lagi boleh diterima.

    Kami sekali lagi menyeru kerajaan untuk menunjukkan keazaman politik dan memberikan maklum balas secara langsung terhadap tiga tuntutan keluarga Teoh.

    Jika tiada rasa belas kasihan, bukanlah ia manusia; Jika tiada rasa malu dan benci kejahatan, bukanlah ia manusia; Jika tiada rasa rendah diri dan tolak ansur, bukanlah ia manusia; Jika tiada rasa benar dan silapnya, bukanlah ia manusia.

    Kes Teoh Beng Hock adalah tanda aras kepada moral politik dan keinsafan pentadbiran. Enam belas tahun telah berlalu, keadilan masih belum ditegakkan. Kes ini menguji sejauh mana pemimpin negara sanggup mempertahankan nilai kemanusiaan, nurani, etika dan prinsip kedaulatan undang-undang. 

    Pendekatan Perdana Menteri Anwar, DAP, dan Pakatan Harapan dalam isu ini akan dinilai oleh para anak muda serta mahasiswa. Jika mereka terus mengelak atau berdolak-dalih, undi kami akan menjadi hukuman terhadap mereka pada pilihan raya akan datang.

      赵明福案:检验希盟人性与道德底线 青年选民或在下届大选作出严厉审判

      在赵明福忌日之际,反贪污委员会(MACC)主席阿占巴基发表道歉声明,民主行动党领袖更召开记者会,向赵家道歉并呼吁家属接受“无条件”的金钱赔偿。令人费解的是,政府与政党都回避案件核心——赵家的三大诉求:寻求真相、实现正义和改革制度。更令人失望的是,首相安华与内政部长赛夫丁在此重大人权议题上集体缺席,严重失责。

      道歉不能替代司法,赔偿不等于正义。若企图以金钱”了结”此案,或将之矮化为政党与家属的私相授受,实则是纵容制度暴力,使公权力凌驾于法律之上,助长免责文化歪风。

      没有刑事问责的道歉,不过是免责文化的遮羞布;没有真相的赔偿,终将沦为制度杀人的赎罪券。转型正义变相空谈,改革承诺也苍白无力、毫无意义。

      此外,我们感叹,自赵明福NFA案件发酵至今,首相安华与内政部长赛夫丁至今不见踪影。在国际舞台上,首相安华身影四处可见。就如在赵明福忌日隔日,首相便谴责以色列空袭叙利亚不义之举,值得嘉许。但是,我们敦促首相安华也应拿出同等魄力,关注国内长期以来的不公不义,如赵明福案件,建立国内外言行一致、捍卫人权的公信力,否则精神喊话只会沦为国际笑柄。

      我们认为,一个关系人命、公权力与国家诚信的案件,不应由部门层级或个别政党代为发言。为此,我们要求首相与内政部长亲自回应赵家三大诉求。

      一、寻求真相:要求政府根据上诉庭裁决,成立独立专业国际刑事调查团队彻查命案,将所有涉案反贪会官员逮捕归案;

      二、实现正义:以《刑事法典》第302或304条,将侵犯人权的官员检控定罪;

      三、改革制度:尽快修法,杜绝执法人员滥权导致扣留所死亡,包括修订《反贪会法令》第30条限制盘问和录供时间,并制定反酷刑法规。

      我们提醒希盟务必厘清自己作为执政党的职责,勿再沉浸于反对党美好年代或歌颂过往努力。当初,希盟领袖义正言辞批评前朝无能,恳求选民委托进入布城,为明福讨回公道。而如今身为政府,希盟早已掌握行政权、调查权、执法权与提控权,内政部长一职更是由公正党议员出任,希盟无借口再继续推卸责任。

      作为行政权,希盟或行动党无需发动司法审核来检讨NFA决定;掌握调查权与提控权的政府,也无需等法院判决才可寻找真相、推动转型正义。况且希盟前后执政近52个月或4年多,不该以“改革需要时间”为由推拖责任。我们再次呼吁政府展现政治决心,直球回应赵家三大诉求。

      无恻隐之心,非人也;无羞恶之心,非人也;无辞让之心,非人也;无是非之心,非人也。

      赵明福案是政治道德与执政修养的标尺。十六载沉冤未雪,它检验着政治领袖是否坚守人性、良知、道德与制度的底线。我们警告,首相安华、行动党与希盟接下来的回应,将深刻影响青年与大专生对你们的政治评估。若继续避重就轻,我们将在下一届大选,以选票作出严厉审判。

      Disokong oleh / endorsed by / 联署单位:

      1. KLSCAH Youth 隆雪华青
      2. ⁠University of Malaya Association for New Youth (UMANY)
      3. ⁠MANDIRI
      4. Liga Demokratik Rakyat
      5. HAYAT
      6. ⁠Undi 18
      7. Klima Action Malaysia (KAMY)
      8. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
      9. ⁠New Era University College Student Union 新纪元大学学院学生会
      10. ⁠STUDENT PROGRESSIVE FRONT UUM
      11. Federasi Pemuda Kebangsaan
      12. ⁠Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM)
      13. Demokrat Universiti Kebangsaan Malaysia (Demokrat UKM)
      14. ⁠Ikatan Mahasiswa Demokratik Malaysia
      15. ⁠Pertubuhan Mahasiswa Kongres Gombak (CONGRESS)
      16. Suara Mahasiswa UMS
      17. Liga Mahasiswa Malaysia
      18. ⁠⁠Liga Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia
      19. ⁠⁠Liga Mahasiswa Universiti Sains Malaysia
      20. Liga Mahasiswa Universiti Malaya
      21. Liga Mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin
      22. ⁠⁠Pejuang Siswa UM
      23. ⁠Gerakan Mahasiswa Maju UPM
      24. Ikatan Anak Muda Tawau – IKAT
      25. ⁠⁠Gerakan Perempuan Melawan
      26. Kesatuan Mahasiswa Universiti Alternatif
      27. Borneo Komrad
      28. Malacca Chinese Assembly Hall Youth Section 马六甲中华大会堂青年团
      29. Pemuda Pertubuhan Penganut Dewa Heng Soon Kong Tai Bak Gong Senai
      30. ⁠GERAKAN MAHASISWA MAJU UPM
      31. ⁠GenZScope
      32. Persatuan Kawan Karib Melaka
      33. ⁠Selangor and KL Hokkien Association Youth Section 雪隆福青
      34. Kuala Lumpur Eng Choon Hoey Kuan Youth Section吉隆坡永春会馆青年团
      35. Pertubuhan Anak Muda Maju
      36. ⁠⁠The Selangor and KL Nan Ann Association Youth Section雪隆南安青
      37. Angkatan Generasi Insaf 新华青
      38. Agora Society Malaysia 群议社
      39. ⁠Persatuan Kwang Tung Selangor dan Kuala Lumpur Youth Section (雪隆广东会馆青年部)
      40. Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya 马来亚大学华文学会
      41. Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia (GBSM)
      42. Cahaya Society
      43. Sunway University Chinese Cultural Society 双威大学华文学会
      44. Youth Bureau of Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall 森美兰中华大会堂青年团