
Mengikut Logik SPRM: Serahkan 5 Nyawa Pegawai SPRM — TBH-ADA Akan Crowdfunding Wang Pampasan & Mohon Maaf kepada Keluarga Pegawai SPRM
Bersempena ulang tahun kematian Teoh Beng Hock, kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki hari ini, keluarga Teoh Beng Hock mengecam permohonan maaf tersebut langsung tidak berikhlas dan tanpa sebarang penyesalan. Azam Baki hanya memohon maaf “atas penderitaan yang dialami keluarga Teoh dalam tempoh ini”, bukannya mengakui penglibatan pegawai SPRM dalam menyebabkan kematian Teoh Beng Hock. Permohonan maaf tanpa keikhlasan ini hanyalah satu pertunjukan publisiti semata-mata dan kami tidak akan menerimanya!
Sejak Pakatan Harapan kembali memerintah pada tahun 2022, Jabatan Peguam Negara telah mencadangkan kepada pemimpin kerajaan untuk memberi bayaran pampasan tambahan kepada keluarga Teoh. Namun begitu, keluarga Teoh menolak dengan segera dan menegaskan bahawa apa yang dituntut adalah kebenaran dan keadilan — pelaku mesti didakwa menurut undang-undang dan menerima hukuman setimpal. Keluarga Teoh tidak mahukan wang!
Persatuan Teoh Beng Hock untuk Perkembangan Demokrasi ialah pertubuhan masyarakat sivil yang menghormati hak asasi manusia dan tidak bersetuju bahawa nyawa manusia boleh digantikan dengan wang. Namun, apabila SPRM dan segelintir pihak terus memperlekehkan keluarga Teoh dengan bayaran pampasan, kami terpanggil untuk menunjukkan betapa tidak masuk akalnya “logik pampasan” ini melalui satu simulasi (scenario).
“Berdasarkan logik dan pendekatan SPRM seperti ini, Persatuan Teoh Beng Hock untuk Perkembangan Demokrasi menyeru Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki untuk segera menyerahkan lima nyawa pegawai SPRM yang terlibat iaitu Hishamuddin Hashim, Mohd Anuar Ismail, Hairul Ilham Hamzah, Mohd Ashraf Mohd Yunus dan Zulkefly Aziz. Sekiranya Azam Baki berjaya menyerahkan lima nyawa ini, kami akan melancarkan kempen kutipan dana di seluruh negara. Setiap nyawa akan diberikan pampasan sebanyak RM660,000, menjadikan jumlah keseluruhan RM3.3 juta.
Kami juga bersedia untuk mengumpul sumbangan ihsan kepada keluarga lima pegawai SPRM tersebut, jumlahnya akan ditentukan kemudian. Setelah semua prosedur ini selesai, kami akan memohon maaf secara ikhals kepada keluarga lima pegawai SPRM itu atas penderitaan mereka. Kemudian, kami akan bekerjasama dengan SPRM untuk memperdalam reformasi institusi ini agar tragedi gelap seperti ini tidak berulang.”
Sekiranya SPRM dan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim benar-benar percaya bahawa wang adalah segala-galanya — dan nyawa manusia boleh dipandang enteng sambil menafikan hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang, keputusan mahkamah dan hak kepada nyawa warganegara Malaysia — sila tunjukkan logik tidak masuk akal ini secara terbuka kepada semua rakyat!
Wakil Keluarga Teoh Beng Hock, Teoh Lee Lan
Persatuan Teoh Beng Hock untuk Perkembangan Demokrasi
Nota: Teoh Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai 2009 di balkoni tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam. Beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM Selangor di tingkat 14 bangunan yang sama pada 15 Julai kira-kira jam 6 petang untuk disoal siasat, dan meninggal dunia tidak lama kemudian.
[Kenyataan Media Keluarga Teoh Beng Hock dan Persatuan Teoh Beng Hock untuk Perkembangan Demokrasi (TBH-ADA), dikeluarkan pada 16 Julai 2025 di Kuala Lumpur]
———————————————————————————-
按照反贪会逻辑建议反贪会交出五条性命
促进会将众筹赔偿金付反贪会家属及道歉
针对反贪委员会主席阿占巴基今日于赵明福逝世纪念日发出的假道歉文告,赵明福家属抨击反贪会玩弄字眼毫无悔意。阿占巴基“对于赵家这段时期的痛苦”道歉,而非承认反贪会官员涉案致死而道歉,这种没有诚意的道歉只是一场公关秀,我们决不接受!
自希盟于2022年重新执政以来,总检察署已经通过希盟政府领袖向赵家提出进一步金钱赔偿的建议。赵明福家属当时已一口拒绝,强调赵家要求的是真相和正义,依法对犯人提控及使其承担法律惩罚,赵家要的不是钱!
赵明福民主促进会是个尊重人权也绝不苟同人命可以金钱代替的公民组织。但是今日反贪会以及一些宵小之徒多次以金钱赔偿来羞辱赵家,是可忍孰不可忍,我们今日就演示金钱赔偿设想(scenario)的荒谬性。
“按照这样的逻辑和模式,赵明福民主促进会呼吁反贪会主席阿占巴基即刻交出涉案五位反贪会官员Hishamuddin Hashim, Mohd Anuar Ismail, Hairul Ilham Hamzah, Mohd Ashraf Mohd Yunus和Zulkefly Aziz的五条性命。一旦阿占巴基成功交出五条性命,赵明福民主促进会将发动全国性筹款,每条性命将获得66万令吉赔偿,总共330万令吉。
我们也愿意继续筹措慰问金(sumbangan ihsan)给反贪会五人的家属,具体数目有待确定。一旦所有这些程序完成,赵明福民主促进会也将对反贪会五人家属的痛苦鞠躬道歉,然后与反贪会携手深化反贪会改革,确保此类黑暗事件不再发生。”
如果反贪会和安华政府认为金钱是万能的,可以视人命为草芥,否定人权、法治、司法判决和公民的生命权,请亲自将你们荒谬的逻辑演示于普罗大众之前!
赵家代表赵丽兰
赵明福民主促进会
注:2009年7月16日被发现死于莎阿南Plaza Masalam五楼阳台,他于7月15日傍晚6点被带往位于同座建筑物14楼的雪州反贪会总部盘问,直至他死亡。
[赵明福民主促进会与赵明福家属文告,2025年7月16日于吉隆坡发出。]