
Kenyataan Media Kumpulan Sokongan Keluarga Mangsa Penyeksaan Kematian Dalam Tahanan pada 3hb Januari 2025 di Kuala Lumpur
Kumpulan Sokongan Keluarga Mangsa Penyeksaan dan Kematian Dalam Tahanan (family support group for victims of tortures and death in custody) amat kecewa tentang satu lagi kes kematian dalam tahanan di bawah jagaan Penjara Pengkalan Chepa, Kota Bahru, Kelantan.
Mohamad Rahiefi Mohamad Nor, umur 32, telah ditangkap oleh pihak polis pada 15hb November 2024 dan dihantarkan ke Penjara Pengkalan Chepa pada 18hb November. Arwah tidak sedar diri dan di masukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 11hb Disember, beliau meninggal dunia hari keesokan.
Kakaknya mengatakan ketika mengunjung Mohamad Rahiefi di penjara tersebut, keadaan kesihatannya sudah sangat lemah sampai tidak dapat menjawab soalan-soalan kakaknya.
Keluarga Arwah membuat satu laporan polis pada 16hb Disember kerana mensyaki ada unsur jenayah dalam kes kematian dalam tahanan ini, menurutnya badan arwah mempunyai kecederaan di bahagian kepala, kedua-dua lengan, dan ada kesan lebam mata, patah gigi, dicucuh rokok dan dirotan. Doktor mengesahkan punca kematiannya ialah pendarahan dalam otak.
Kami menyeru kerajaan membuat siasatan keseluruhan terhadap kes kematian dalam tahanan ini menerusi inkues yang bebas dan adil. Kami mencadang badan-badan bebas seperti SUHAKAM atau IPCC harus melibatkan diri dalam siasatan kes ini.
Syed Mohamad Shariff
Penyelaras
Kumpulan Sokongan Keluarga Mangsa Penyeksaan Kematian Dalam Tahanan
Pertanyaan sila hubungi 0111-0664526 sekretariat yang terdiri daripada Persatuan Teoh Beng Hock untuk Perkembangan Demokrasi (TBH-ADA) dan Malaysians Against Death Penalty & Torture (MADPET)
酷刑和扣留所死亡受害者家庭援助小组于 2025 年 1 月 3 日在吉隆坡发表的媒体声明
全面调查于吉兰丹Pengkalan Chepa 监狱发生的莫哈末拉希菲(Mohamad Rahiefi Mohamad Nor)死亡案件
酷刑和扣留所死亡受害者家庭援助小组对吉兰丹哥打巴鲁 Pengkalan Chepa 监狱发生另一起扣留所死亡案件感到非常失望。
莫哈末拉希菲,32岁,于2024年11月15日被警方逮捕,并于11月18日被送往Pengkalan Chepa监狱。死者于12月11日被发现昏迷不醒,并送往拉惹再纳第二医院(Raja Perempuan Zainab II),次日死亡。
她的姐姐表示探监时,莫哈末拉希菲的身体状况非常虚弱,无法回答她的问题。
死者家属怀疑该扣留所死亡案件存在刑事成分,并于12月16日向警方报案。家属指称死者遗体头部、双臂有伤,眼睛青肿、牙齿折断,身上也有被烟头烫伤和鞭打的伤痕。医生证实他的死因是脑部出血。
我们呼吁政府通过独立和公正地通过死因调查庭全面调查此扣留所死亡案件。我们建议独立机构如马来西亚人权委员会(SUHAKAM)或独立警察行为委员会(IPCC)参与调查此案。
赛谢里夫(Syed Mohamad Shariff)
酷刑和扣留所死亡受害者家庭援助小组协调员
任何查询请联络由赵明福民主促进会(TBH-ADA)和马来西亚反死刑与酷刑组织(MADPET)组成的秘书处0111-0664526