[Galeri] Kuliah Awam Hak Asasi Manusia dan Alam Melayu

(13 Disember, 2021) Dalam kuliah awam bertajuk Hak Asasi Manusia dan Alam Melayu malam ini, Dr. Mohd Faizal Musa menerangkan unsur-unsur hak asasi manusia dalam bahan-bahan bersejarah di zaman Srivijaya dan bagaimana ajaran Buddhisme memberi pengaruh kepadanya.

Oleh sebab kesuntukan masa, Akademi Demokrasi Malaysia akan bincang dengan Dr. Faizal untuk meneruskan kuliah awam pada masa depan untuk membicarakan perkembangan konsep hak asasi manusia selepas kedatangan Islam di Alam Melayu.

Sebanyak 30 peserta telah menyertai kuliah awam menerusi zoom. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua.

Sila klik ini untuk menonton video : https://fb.watch/aqzxfKBjoB/