PH harus berasa malu menghadapi keluarga Teoh Beng Hock, tetapi BN adalah dalang kematian Teoh Beng Hock

Kenyataan Media Teoh Beng Hock Trust for Democracy, 20hb Julai 2021 di Kuala Lumpur

Teoh Beng Hock Trust for Democracy, satu pertubuhan menyokong keluarga Teoh Beng Hock untuk menuntut keadilan, mengutuk mantan Perdana Menteri Najib Razak kerana menolak segala tanggungjawab dalam kes kematian Teoh di bawah tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009.

Teoh Beng Hock terjumpa mati di Plaza Masalam semasa di tahan oleh SPRM Selangor, pakar patologi forensik Dr. Pornthip telah membuktikan leher Teoh mempunyai kecederaan sebelum jatuh, maksudnya Teoh mungkin disiksa oleh pegawai SPRM sebelum kematiannya.

Tidak ada sesiapa pun harus dimatikan di bawah tahanan pihak berkuasa. Tempat pihak berkuasa harus menjamin keselamatan semua suspek atau saksi yang disoal siasat. Penyiksaan dan pembunuhan Teoh di bawah tahanan SPRM merupakan satu jenayah serius yang harus diambil tindakan menurut undang-undang Malaysia. Sebagai mantan perdana menteri yang mengawasi SPRM ketika itu, Najib Razak tidak patut memperkecilkan kematian dalam tahanan tersebut.

Pakatan Harapan (PH) gagal memastikan pihak polis dan peguam negara membuat siasatan secara bebas dan professional terhadap kes kematian dalam tahanan ini, ia harus berasa malu menghadapi keluarga Teoh.

Kami dan keluarga Teoh pernah mengkritik arahan mantan peguam negara Tommy Thomas untuk menyiasat kes pembunuhan tersebut dibawah seksyen 342 (kurungan salah) Kanun Keseksaan semasa pemerintahan PH. Kami amat kecewa segala usaha untuk menindaklanjut kes tersebut  seperti membuat laporan polis dan menyerah memorandum dalam pemerintahan 22 bulan PH langsung tidak dihiraukan.

Walaubagaimanapun, kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Najib Razak merupakan dalang dalam kes kematian Teoh, ini adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan. Dosa besar BN ini tidak dapat ditanding oleh mana-mana pihak termasuk PH.

Kami menegaskan bahawa pihak polis harus menyiasat peranan Mantan Perdana Menteri dalam kes kematian Teoh. Ini adalah disebabkan operasi besar-besaran SPRM ketika itu adalah bermotif politik.

Pada Februari 2009, SPRM menyiasat dua orang ADUN PKR di negeri Perak, selepas itu kedua-dua orang ADUN melompat parti dengan menghadiri satu siding media dengan Najib Razak, kuasa pemerintahan bertukar tangan dari Pakatan Rakyat kepada BN.

Pada Julai 2009, SPRM menyiasat 7 orang ADUN Pakatan Rakyat di Selangor dan mengakibatkan kematian Teoh. Siapakah dalang di belakang operasi SPRM yang bermotif politik ini? Adakah operasi tersebut bertujuan mengambil balik kuasa pemerintahan di Selangor selepas kekalahan di PRU 2008?

Selepas kematian Teoh, SPRM Selangor tidak membuat laporan polis dengan serta-merta, tetapi bertolak ke Putrajaya. Siapakah pimpinan SPRM Selangor berjumpa di Putrajaya? Adakah tempat tersebut di Pejabat Perdana Menteri? Polis harus menyiasat semua panggilan telefon di antara pegawai SPRM Selangor dan ahli-ahli politik untuk mengesan dalang sebenarnya.

Dari inkues hingga Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), semua institusi eksekutif di bawah pemerintahan BN mendorong kes tersebut ke arah membunuh diri, tanpa menjangkau kemungkinan lain seperti dimatikan oleh orang lain. Pihak polis menyerahkan nota “bunuh diri” ketika inkues hampir tamat, peguam SPRM menuduh Teoh membunuh diri dengan mencekik sendiri, Jabatan Peguam Negera meminta hakim memutuskan kes tersebut adalah bunuh diri.

Dalam pendengaran RCI, pegawai SPRM berpakat satu sama lain dalam memberi testimoni dan disyaki telah menghapuskan nota siasatan, tetapi tiada seorang pun dikenakan hukuman. Keputusan RCI telah dipertikaikan oleh pertubuhan masyarakat sivil kerana membuat keputusan Teoh “terpaksa membunuh diri” tidak berdasarkan fakta. Seorang pakar psikologi telah memberi testimoni bahawa Teoh berada di dalam kategori risiko rendah membunuh diri.

Pada tahun 2014, mahkamah rayuan telah membuat keputusan bahawa Teoh dibunuh oleh seorang atau lebih daripada seorang yang tidak diketahui termasuk pegawai SPRM, bukti utama ialah leher Teoh mempunyai kecederaan sebelum jatuh. Akan tetapi siasatan semula kerajaan Najib mengabaikan keputusan mahkamah dan menyimpulkan kes tersebut “tidak ada unsur jenayah”.

Najib mesti memikul tanggungjawab penuh terhadap penyiksaan dan kematian Teoh kerana SPRM adalah di bawah naungannya. Kritikan masyarakat sivil dan parti pembangkang berkenaan salahguna kuasa institusi kerajaan, pembohongan dan pencabulan hak asasi adalah kebiasaan dalam satu sistem demokrasi yang sihat, sila jangan memutarbelikkannya sebagai fitnah.

Najib Razak mesti menerangkan apa telah berlaku pada bulan Julai 2009. Apa telah dirancangkan oleh beliau, UMNO dan SPRM pada ketika itu? Malangnya percaturan politik ketika itu telah merampaskan nyawa seorang anak muda, seorang suami dan bapa yang mempunyai harapan yang cerah.

Ng Yap Hwa

Pengerusi

Teoh Beng Hock Trust for Democracy