Loading Events
  • This event has passed.
Description

 

Dwi-Bahasa, Bahasa Cina sila merujuk di bawah 中文请看下方

Ulang Tahun ke-9 Majlis Peringatan Mendiang Teoh Beng Hock : Menjunjung Kedaulatan Undang-Undang

Kami menjemput anak negeri Johor menghadiri siri aktiviti Majlis Peringatan Mendiang Teoh Beng Hock seperti berikut :

1) Bengkel Hak Anda dan Kuasa Polis

Tarikh : 13hb Julai 2018, Jumaat
Masa : 3:00 pm
Tempat : Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Jalan Dato Teoh Siew Khor, Kluang

Bengkel ini akan difasilitasi oleh Sdr Sevan Doraisamy, Pengarah Eksekutif pertubuhan hak asasi manusia terkenal Suara Rakyat Malaysia (SUARAM). Beliau akan menunjuk ajar tentang hak-hak warganegara semasa disoal dan ditahan oleh pegawai polis.

Aktiviti tersebut akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kluang YB Wong Shu Qi.

2) Majlis Peringatan, Tayangan Filem “Unjust” dan Forum

Tarikh : 13hb Julai 2018, Jumaat
Masa : 8:00 pm
Tempat : Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Jalan Dato Teoh Siew Khor, Kluang

Ahli Panel :
Sdri Teoh Lee Lan (Adik mendiang Teoh Beng Hock)
Sdr Sevan Doraisamy (Pengarah Eksekutif, SUARAM)
YB Sheikh Umar Bagharaib Ali, Ahli Exco Kerajaan Negeri Johor
YB Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang

UNJUST ialah satu filem dokumentari yang dihasilkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Asia pada tahun 2010, mengenai cerita 3 orang perempuan memperjuangkan keadilan di 3 negara Asia. Kes-kes ketidakadilan adalah pembunuhan politik di Indonesia, keganasan pihak berkuasa di Sri Lanka dan Kehilangan Paksa di Negara Thai. Tragedi yang dialami oleh 3 orang perempuan tersebut mendorong mereka terlibat dalam perjalanan bahaya untuk mengejar keadilan. Walaubagaimanapun, mereka enggan mendiamkan diri dan telah menjadikan aktivis hak asasi manusia di rantau Asia.

MASUKAN PERCUMA untuk semua aktiviti

Anjuran Bersama :

Ahli Parlimen Kluang YB Wong Su Qi
Ahli Exco Kerajaan Negeri Johor YB Sheikh Umar Bagharib Ali
Badan Amanah Teoh Beng Hock demi Demokrasi

Sila hubungi Faisal pada 0172002944 atau teohbenghocktfd@gmail.com jika ada sebarang pertanyaan.

Mendiang Teoh Beng Hock adalah bekas setiausaha politik kepada Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor DAP YB Ean Yong Hian Wah. Pada bulan Julai 2009, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap 7 Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Pada 15hb Julai 2009, SPRM menyerbu pejabat Ean Yong dan merampas bahan-bahan pejabat Exco. Teoh disaman ke ibu pejabat SPRM Selangor pada 6pm untuk memberi kenyataan sebagai seorang saksi. Pegawai SPRM menyoalsiasat beliau sehingga 5am, Teoh didapat mati di tingkat 5 bangunan SPRM Selangor pada pagi 16hb Julai 2018.

Kes pembunuhan bermotif politik ini mencetuskan kemarahan rakyat. Pemimpin-pemimpin politik dari Pakatan Rakyat menganjur berbagai-bagai aktiviti seperti majlis peringatan, forum dan himpunan untuk mengecam kezaliman Barisan Nasional. Sekumpulan aktivis membentuk gerakan “Malaysians for Beng Hock” pada tahun 2010 untuk membantu keluarga Teoh menuntut keadilan. Gerakan tersebut mentransformasikan sebagai Badan Amanah Teoh Beng Hock demi Demokrasi pada 2014 dan dipimpin oleh Sasterawan Negara dan aktivis Datuk Seri A. Samad Said.

Pada tahun 2014, hakim-hakim Mahkamah Rayuan telah membuat satu kesimpulan bahawa kematian Teoh bukan disebabkan bunuh diri, tetapi diakibatkan oleh“tindakan haram oleh beberapa orang yang tidak dikenalpasti, termasuk pegawai SPRM yang terlibat dalam penangkapan dan siasatan si mendiang”. Malangnya, selepas polis dipimpin oleh Amar Singh menjalankan siasatan semula, pihak polis dan pendakwa raya Abdul Ghani Patail mengatakan tiada unsur jenayah dalam kes tersebut. Siasatan polis yang tidak bebas dan tidak professional ini menarik kritikan masyarakat sivil sekali lagi.

Sehingga hari ini, kes ketidakadilan ini telah memasuki tahun ke-9. Berita baik tahun ini ialah selepas pertukaran kerajaan di peringkat pusat, kerajaan baru Pakatan Harapan telah berjanji membuat siasatan semula terhadap kes Teoh. Badan Amanah Teoh Beng Hock demi Demokrasi menyeru kerajaan baru menubuhkan satu pasukan bebas dan profesional untuk menjalankan siasatan baru, pasukan tersebut harus dipimpin oleh seorang pegawai berintegriti dan berwibawa.

Masyarakat sivil tetap mengingati kes ini dan menganjurkan majlis peringatan tiap-tiap tahun. Tema tahun ini ialah “menjunjung kedaulatan undang-undang”, tujuannya ialah mengingati orang awam dan kerajaan bahawa semua kes kesalahan dan ketidakadilan di Malaysia mesti dibetulkan dengan membawa pesalah ke depan undang-undang dan mendapat hukuman yang munasabah.

Hanya dengan menegakkan kedaulatan undang-undang, hak asasi manusia dan keselamatan semua warganegara dapat dijamin oleh sistem demokrasi kita. Semua rakyat Malaysia, tanpa kira pekerjaannya sebagai pekerja kilang atau pekerja politik, keselamatan mereka mesti dijamin semasa memasuki premis pihak berkuasa. Tragedi memasuki pejabat SPRM dengan sihat tetapi keluar sebagai mayat seperti Teoh mesti dihentikan.

Start Date - End Date

Oct 05, 2018 - Oct 05, 2018

Start Time - End Time

8:00 am - 5:00 pm

Share This