(Teks upacan Saudara Ng Yap Hwa, sukarelawan kanan Teoh Beng Hock Trust for Democracy di Forum Wacana Mengorak Visi PDRM pada 830pm, 16 Julai 2019 di KLSCAH)

Saudara-Saudari sekalian,

Hari ini adalah sangat penting. Saya tidak akan lupa apa telah berlaku pada 16hb Julai 10 tahun dahulu. Hari itu, pada tengah hari Teoh Beng Hock dijumpai mati di ibu pejabat SPRM Selangor.

Malam tersebut, R. Gunasegaran didapati mati di lokap polis. Dua nyawa dilucutkan di tangan pihak penguatkuasa pada hari yang sama.

Minggu lalu, seorang mahasiswa PhD bangsa Nigerian mati di pusat tahanan imigresen selepas ditahan selama 2 minggu.

Ketiga-tiga kes ini terjadi di 3 tempat tahanan berbeza : polis, SPRM dan imigresen.

Maksudnya, kematian dalam lokap bukan satu fenomena di lokap polis sahaja, ia berlaku di semua tempat tahanan pihak penguatkuasa termasuk di penjara dan pusat rehabilitasi kerajaan.

Untuk maklumat saudara-saudari sekalian, United Nations’ Working Group on Arbitrary Detention pernah menghasilkan satu laporan menyatakan sebanyak 1535 kes kematian dalam tahanan dari tahun 2003 hingga 2006. Purata setahun 384 kes.
Tetapi statistik menunjukkan kematian dalam lokap polis ialah purata 17 kes dari tahun 2000 hingga 2013, 4% daripada jumlah kematian dalam lokap. Maksudnya, majoriti kematian dalam tahanan berlaku di pusat tahanan lain.

Jangan salah faham saya, saya sokong sepenuhnya penubuhan IPCMC untuk menghentikan salah guna kuasa polis, khasnya menghentikan fenomena kemantian dalam lokap polis.

Kegagalan polis untuk memcari kebenaran dan memastikan keadilan dalam kes kematian Beng Hock dalam lokap SPRM menunjukkan polis langsung tidak bebas dan profesional. Pada tahun 2009, polis gagal; pada tahun 2014, polis menggunakan 20 bulan untuk menyiasat kes tersebut semula, mereka gagal sekali lagi; sekarang polis juga gagal menyiasat kes tersebut dibawah seksyen 302 (pembunuhan) atau 304 (culpable homicide). Polis membuat kesimpulan Beng Hock bunuh diri dulu baru mencari bukti untuk menyokong kesimpulan mereka.

Tetapi, masalah yang confront kita adalah satu masalah budaya impunity, budaya tiada akauntabiliti terhadap salah guna kuasa agensi penguatkuasaan. Maka cara penyelesaian sepatutnya satu yang lebih holistik.

Itu sebab Teoh Beng Hock Trust for Democracy telah mengetengahkan beberapa cadangan reformasi institusi umpamanya

(1) Meminda seksyen 30 Akta SPRM supaya mengurangkan kuasa SPRM untuk menyoalsiasat orang tahanan. Seksyen sekarang membenarkan pegawai SPRM menahan dan menyoalsiasat secara berterusan, itu sebab SPRM boleh menyoal Teoh beng Hock sehingga 5am dan mengakibatkan tragedi tersebut, bahkan peraturan lokap 1953 polis mengehadkan polis menyoal seorang tahanan daripada pukul 8am hingga 5pm sahaja. Seksyen ini memberi kuasa terlalu besar kepada SPRM untuk mencabul hak asasi manusia rakyat.

(2) Penggubalan satu akta anti penyiksaan (anti torture act) untuk mencriminalisasikan semua jenayah siksa, layanan tidak berperimanusiaan. Sebanyak 5 – 6 negara telah menggubalkan akta anti penyiksaan ataupun telah membentang rang undang-udang tersebut, negara tersebut ialah Philippines, Kenya, Pakistan, India dan lain-lain.

(3) Ratifikasi UN Convention against torture

(4) Pendidikan hak asasi manusia mesti jadi wajib untuk semua pegawai penguatkuasa, lebih baik untuk semua penjawat awam, untuk memberi kesedaran untuk menghormati hak asasi manusia.