Tarikh: 27 Disember 2018

Masa: 8.30pm – 10.30pm

Tempat: Auditorium, Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)

Beberapa miggu lepas, Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik telah melakukan pindaan kepada Seksyen 15 2(c) Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dimana seksyen ini secara khusus melarang para mahasiswa daripada terlibat dalam kegiatan parti-parti politik dalam kawasan kampus mereka. Namun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapat kritikan daripada aktivis mahasiswa dan badan organisasi yang lain kerana tidak meminda Seksyen 15 dan 16 sekali gus. Dilihat kerajaan Pakatan Harapan kini bergerak begitu perlahan dalam menghapuskan akta ini.

Sewaktu zaman Barisan Nasional (BN) dahulu, pengumuman penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikeluarkan pada September 2011. Lalu pada April 2012 rang undang-undang ISA ini dibentangkan di parlimen dan akhirnya dimansuhkan. Akta drakonian ini mengambil masa hanya 7 bulan semasa di bawah pemenrintahan BN. Persoalannya adalah, mengapa kerajaan Pakatan Harapan kini gagal untuk menghapuskan akta ini walaupun selepas 7 bulan di dalam penguasaan? Mengapa kerajaan kini hanya meminda seksyen 15 2(c)? Adakah kerajaan kini juga mempunyai agenda mereka yang tersendiri?

Dengan ini, forum kali ini akan mengupas apa sebenarnya yang menjadi masalah bagi kerajaan kini untuk menghapuskan AUKU ini? Apakah relevan masa yang diambil sehingga tahun 2020 untuk kerajaan menghapuskan akta ini? Apakah kemungkinan akta baru yang dikeluarkan kerajaan nanti hanya satu gantian kepada AUKU yang berubah nama?

Mari bersama kami dengan pelbagai lagi persoalan untuk dikupas dan dibincangankan. Bersama kami bagi forum pada kali ini adalah:

1) Pui San, Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia

2) Dr Faisal S. Hazis, Ahli Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia, Ahli GERAK

3) Liew Liang Hong, Pelajar Universiti Malaya, Timbalan Pengerusi UMANY

4) Barathi, Pelajar Universiti Sains Malaysia, Ahli Pemuda PSM

5) Huda Ramli, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa, Ahli GPA.

Masuk percuma, semua dijemput hadir.