Ringkasan Kuliah Awam: Hubungan Etnik di Malaysia: Dahulu, Sekarang dan Masa Depan.

‘Kaum’ merujuk kepada penampilan fizikal, seperti struktur tulang, warna kulit, rambut dan mata. Manakala ‘etnik’ merujuk kepada faktor-faktor budaya, termasuk keturunan dan bahasa. Di Malaysia, perbezaan antara Melayu, Cina dan India telah dikategorikan secara kaum dan bukan etnik sejak zaman koloniolisme.

Jika perhatian diberikan, hubungan etnik di Malaysia, atau secara lebih tepat, hubungan antara Melayu, Cina dan India (kaum-kaum utama di Semenanjung Malaysia) tidak boleh dikatakan erat, dan hal ini demikian kerana hubungan sebegini terbentuk sejak pra-kemerdekaan, semasa Melayu, Cina dan India telah dibahagikan mengikuti aktiviti ekonomi.

Tidak dapat dinafikan bahawa pembahagian tersebut bertujuan untuk pembangunan ekonomi, tetapi pembahagian tersebut (dan faktor-faktor lain) telah secara tidak langsung menyebabkan rakyat Malaysia sekarang lebih cendurung untuk bergaul dengan kaum masing-masing sahaja.

Fenomena sebegini telah mengancam perpaduan dan patrotisme rakyat Malaysia. Isu-isu perkauman, seperti bahasa, sekolah dan agama juga selalui dijadikan topik ataupun alat ahli politik untuk meningkatkan sentimen dan rasa kebencian antara kaum-kaum. Situasi sebegini adalah disebabkan oleh satu punca: rakyat Malaysia mengkategorasikan mereka secara kaum, dan tidak menganggap mereka sebagai bangsa Malaysia.

Oleh itu, selepas perbincangan antara Dr. Nadzri dengan hadirin-hadirin, pandangan dan/atau cadangan atas topik hari ini adalah, seperti berikut:-

(i) Semua kaum haruslah mengamalkan dan meneruskan budaya dan adat keturunan masing-masing, tetapi identiti masing-masing sebagai seorang bangsa Malaysia tidak boleh dilupakan. Kepentingan sejarah dan masa depan haruslah diimbangkan;

(ii) Kesedaran haruslah dibina dalam hati rakyat Malaysia, bahawa perjuangan kita pada masa kini bukanlah lagi atas kepentingan kaum sendiri, tetapi untuk pembangunan Malaysia untuk semua rakyat Malaysia;

(iii) Jika dibanding usaha untuk memperjuang untuk kaum sendiri, adalah lebih praktikal jika semua rakyat Malaysia bersama-sama menuju ke arah ‘pro-keperluan’, iaitu untuk berjuang untuk kumpulan miskin, ibu tunggal, minority, OKU, warga emas dan sebagainya;

(iv) Sebarang ucapan benci (‘hate speech’) yang berkaitan dengan keburukan kaum lain harus dijenayahkan, bah kata pepatah “pembinaan bangsa memerlukan masa berabad-abad, pemusnahan bangsa hanya sekelip mata”;

(v) Usaha kita untuk mengatasi isu-isu perkauman yang sedia ada di Malaysia harus dijalankan secara beransur-ansur dan pada masa yang sama, proaktif, supaya rasa kebencian atau terancam dalam kalangan tertentu dapat dielakkan dan persefahaman antara kaum-kaum boleh dicapai; dan

(vi) Jika pada satu hari nanti semasa rakyat kami sudah berfikiran matang, kita akan bermampu lagi untuk berbincang tentang penerimaan pekerja-pekerja asing dari Bangladesh, Indonesia dan lain, kerana jika kita boleh memainkan peranan kita dengan baik sebagai seorang RAKYAT MALAYSIA, dan bukan hanya seorang MALAY, CINA atau INDIA, kita akan bermampu menaikkan taraf kita sebagai seorang AHLI DUNIA.

 

Sekian, terima kasih.