Tarikh: 27 Oktober 2018 (Sabtu)
Masa: 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat: Hub TFTN @ Bangsar (Waze) A-03-06, NO 68, Wisma Pantai, Bangsar, Jalan Pantai Baharu, 59200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Kenderaan Awam: LRT Kerinchi
Bahasa Pengantar: Bahasa Malaysia

Speaker: Dr. Muhamad Nadzri Bin Mohamed Noor, Pensyarah Kanan Sains Politik UKM (Etnisiti dan Nasionalisme, Pilihan Raya dan Pendemokrasian).

Akademi Demokrasi Malaysia menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai Kuliah Awam yang bertajuk Hubungan Etnik di Malaysia: Dahulu, Sekarang dan Masa Depan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan kepelbagaian kaum, budaya dan adat resam. Namun, isu-isu rasisme masih lagi sering berlaku walaupun Malaysia sudah Merdeka sejak 61 tahun yang lepas. Tidak kira apa jenis masalah yang timbul soalan pertama yang dipersoalkan adalah, kaum mana yang melakukannya? Persoalannya, apakah yang menjadi punca kepada penggunaan dan pergaduhan kaum ini? Malah, apakah punca masyarakat Malaysia dibahagi/ dipisahkan melalui garis perkauman?

Dikatakan bahawa isu di Malaysia ini berpunca daripada mental konstrak yang membawa maksud kepada gambaran yang diletakkan kepada masyarakat hasil daripada sistem yang diwujudkan. Contohnya, jika dilihat melalui sistem ekonomi, Dasar Pecah dan Perintah Inggeris telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum. Kaum Cina tinggal di bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong. Sementara kaum Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani dan nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai pekerja di ladang. Perkara ini telah membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk yang ketiadaaan peluang berinteraksi di Tanah Melayu. Justeru, peminggiran mengikut zon kemakmuran ekonomi ini telah membawa kepada ketidakseimbangan ekonomi dan pengagihan kekayaan di antara etnik yang sering menjadi punca perbalahan kini.

Tidak ketinggalan juga bagaimana politik perkauman digunakan sebagai satu senjata ahli politik untuk mendapatkan populariti. Lihat sahaja bagaimana Barisan Nasional menggunakan politik perkauman sejak awal selepas kemerdekaan lagi. Hal ini sekali gus telah ditanam dalam minda masyarakat. Maka, dengan persoalan-persoalan ini, Forum kali ini akan cuba membincangkan dan merenung kembali apakah masa depan bagi hubungan etnik di Malaysia. Adakah benar isu rasisme ini berasal daripada mental konstrak? Apa hubung kait antara etnik dan kekuasaan? Akhir sekali apakah dasar dan sistem yang akan digunakan oleh Pakatan Harapan untuk menambaikkan hubungan etnik di Malaysia?

Penyertaan adalah terhad dan percuma. Sila isi borang permohonan di pautan ini, “https://goo.gl/XGhmLn” untuk hadiri program ini.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Azura di talian 011-10716056 atau emel kepada akademikdemokrasi@gmail.com.