Akademi Demokrasi Malaysia menjemput rakyat Malaysia menyertai Kem Hak Asasi Manusia 2018. Butiran kem adalah seperti berikut:

 

 

Tarikh                          : 30 November 2018 – 2 Disember 2018

Masa                            : 8.30 pagi – 6.00 petang

Tempat                        : Regal Park Hotel, Kuala Lumpur (sebelum ini dikenali   hsebagai Hotel Midah)

Bahasa Pengantar        : Bahasa Malaysia

 

 

Selepas Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14), Malaysia memasuki satu zaman baru di bawah pemerintahan satu gabungan politik berimej terbuka dan progresif. Berbanding dengan Barisan Nasional (BN) yang mengekalkan pelbagai undang-undang zalim yang menyekat kebebasan rakyat, kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan (PH) lebih kerap menggunakan bahasa berlandaskan hak asasi manusia. Manifesto PRU14 PH juga menjanjikan ratifikasi konvensyen-konvensyen hak asasi manusia antarabangsa dan memansuhkan undang-undang bercanggah dengan prinsip demokrasi dan kebebasan.

 

Bagaimanapun, pencabulan hak asasi manusia masih berlaku selepas pertukaran kerajaan. Misalnya, masih ada yang ditangkap dan disoalsiasat di bawah undang-undang yang bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia seperti Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan lain-lain. Pembangunan raksasa yang berpotensi merosakkan alam sekitar seperti Pan-Island Link (PIL) masih diteruskan. Terdapat juga janji-janji yang tidak ditunaikan, contohnya gaji minima telah ditetapkan pada RM1,050 di mana ia lebih rendah daripada RM1,500 yang telah dijanjikan dalam manifesto PRU14.

 

Dengan perkembangan politik ini, adalah penting untuk masyarakat sivil teruskan usaha untuk memelihara kesedaran hak asasi manusia di kalangan rakyat supaya membina kapasiti rakyat untuk menganalisa isu-isu masyarakat dengan berlandaskan prinsip hak asasi manusia. Kem Hak Asasi Manusia 2018 ini akan menggunakan Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 (UDHR) sebagai asas pengajaran. Pada masa yang sama, kem ini memberi fokus kepada kesan pembangunan terhadap komuniti dan hubungannya dengan hak asasi manusia dengan pendekatan praktikal.

 

Tahun lepas, peserta telah membuat lawatan lapangan ke kampung yang menghadapi masalah pemaksaan usir. Tahun ini, peserta akan mempunyai peluang untuk menjalankan lawatan lapangan tentang isu hak pekerja. Dengan visi ini, kem ini berharap peserta dapat mendapat manfaat dengan menggunakan pengetahuan ini untuk memajukan konsep hak asasi manusia dalam kerja komuniti, pergerakan sosial, kerja-kerja politik, kewartawanan, penyelidikan akademik dan sebagainya.

 

 

 

Ahli Panel:

 

  1. Profesor Madya Dr. Azmi Sharom, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya.
  2. Khoo Ying Hooi, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya.
  3. Lim Teik Ghee, Pengasas Centre for Policy Initiatives (CPI), Pakar Kanan Bank Dunia dan mantan profesor ekonomi di Universiti Malaya.
  4. Jerald Joseph, Pesuruhjaya, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
  5. Sevan Doraisamy, Pengarah Eksekutif, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

 

Silibus:

 

  1. Falsafah and Teori Hak Asasi Manusia
  2. Undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa
  3. Hak Asasi Manusia di Malaysia: Dari Perspektif Ekonomi dan Sosial
  4. Bengkel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
  5. Pendekatan Berbasis Hak Asasi Manusia Kepada Pembangunan
  6. Dokumentasi Pencabulan Hak Asasi Manusia
  7. Lawatan Lapangan

 

Yuran:

 

RM50 meliputi kos makanan, minuman dan penginapan.

 

Syarat Permohonan:

 

  1. Warganegara Malaysia yang berminat untuk belajar hak asasi manusia.
  2. Semua peserta WAJIB mengikuti semua sesi program dalam tiga hari tersebut.
  3. Bayaran adalah tidak boleh dikembalikan.
  4. Penginapan akan disedikan untuk peserta di luar Lembah Klang atas permintaan.

 

Bilangan peserta adalah terhad kepada 30 orang berdasarkan pemilihan. Sila isi borang permohonan di pautan ini, “goo.gl/a3vHBU”. Penyertaan kem ini adalah berdasarkan first come first serve. Sesiapa yang telah mengisi borang penyertaan dan menunjukkan slip bayaran dianggap telah berjaya mendaftar. Sesiapa yang berada di senarai menunggu boleh menyertai sekiranya ada peserta yang tidak dapat hadir.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Azura di talian 012-2162464 atau emel kepada akademikdemokrasi@gmail.com.