Kami menjemput semua rakyat menghadiri Ulang Tahun ke-9 Majlis Peringatan Mendiang Teoh Beng Hock di Kuala Lumpur seperti berikut :

Tarikh : 15hb Julai 2018, Ahad
Masa : 8:00 – 10:00 pm
Tempat : Auditorium, 1st Floor, The KL & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
No 1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur.

Anjuran Bersama : Badan Amanah Teoh Beng Hock demi Demokrasi, Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor

Tayangan Dokumentari Hak Asasi “Unjust” (Ketidakadilan)

UNJUST ialah satu filem dokumentari yang dihasilkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Asia pada tahun 2010, mengenai cerita 3 orang perempuan memperjuangkan keadilan di 3 negara Asia. Kes-kes ketidakadilan tersebut adalah pembunuhan politik di Indonesia, keganasan pihak berkuasa di Sri Lanka dan Kehilangan Paksa di Negara Thai. Tragedi yang dialami oleh 3 orang perempuan tersebut mendorong mereka terlibat dalam perjalanan bahaya untuk mengejar keadilan. Walaubagaimanapun, mereka enggan mendiamkan diri dan telah menjadikan aktivis hak asasi manusia di rantau Asia.

Forum “Menjunjung Kedaulatan Undang-Undang, Merealisasikan Keadilan”

Selepas menonton tayang filem dan membelajari pengalaman di luar negara, kami akan kembali ke kes Teoh Beng Hock dan perkembangan politik terkini di Malaysia. Kami dengan hormatnya telah menjemput 3 orang ahli panel untuk membicara gerakan keadilan untuk Beng Hock dan mereformasi undang-undang :

Ahli Panel :

Sdri Teoh Lee Lan (Adik mendiang Teoh Beng Hock)
Dr. Azmi Sharom (Profesor Madya Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya)
YB Ramkarpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Peguam keluarga Teoh)

Moderator : Ngeow Chow Ying (Ahli lembaga Badan Amanah Teoh Beng Hock demi Demokrasi)

MASUKAN PERCUMA untuk semua aktiviti

Sila hubungi Faisal pada 0172002944 atau teohbenghocktfd@gmail.com jika ada sebarang pertanyaan.

Mendiang Teoh Beng Hock adalah bekas setiausaha politik kepada Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor DAP YB Ean Yong Hian Wah. Pada bulan Julai 2009, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap 7 Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Pada 15hb Julai 2009, SPRM menyerbu pejabat Ean Yong dan merampas bahan-bahan pejabat Exco. Teoh disaman ke ibu pejabat SPRM Selangor pada 6pm untuk memberi kenyataan sebagai seorang saksi. Pegawai SPRM menyoalsiasat beliau sehingga 5am, Teoh didapat mati di tingkat 5 bangunan SPRM Selangor pada pagi 16hb Julai 2018.

Kes pembunuhan bermotif politik ini mencetuskan kemarahan rakyat. Pemimpin-pemimpin politik dari Pakatan Rakyat menganjur berbagai-bagai aktiviti seperti majlis peringatan, forum dan himpunan untuk mengecam kezaliman Barisan Nasional. Sekumpulan aktivis membentuk gerakan “Malaysians for Beng Hock” pada tahun 2010 untuk membantu keluarga Teoh menuntut keadilan. Gerakan tersebut mentransformasikan sebagai Badan Amanah Teoh Beng Hock demi Demokrasi pada 2014 dan dipimpin oleh Sasterawan Negara dan aktivis Datuk Seri A. Samad Said.

Pada tahun 2014, hakim-hakim Mahkamah Rayuan telah membuat satu kesimpulan bahawa kematian Teoh bukan disebabkan bunuh diri, tetapi diakibatkan oleh“tindakan haram oleh beberapa orang yang tidak dikenalpasti, termasuk pegawai SPRM yang terlibat dalam penangkapan dan siasatan si mendiang”. Malangnya, selepas polis dipimpin oleh Amar Singh menjalankan siasatan semula, pihak polis dan pendakwa raya Abdul Ghani Patail mengatakan tiada unsur jenayah dalam kes tersebut. Siasatan polis yang tidak bebas dan tidak professional ini menarik kritikan masyarakat sivil sekali lagi.

Sehingga hari ini, kes ketidakadilan ini telah memasuki tahun ke-9. Berita baik tahun ini ialah selepas pertukaran kerajaan di peringkat pusat, kerajaan baru Pakatan Harapan telah berjanji membuat siasatan semula terhadap kes Teoh. Badan Amanah Teoh Beng Hock demi Demokrasi menyeru kerajaan baru menubuhkan satu pasukan bebas dan profesional untuk menjalankan siasatan baru, pasukan tersebut harus dipimpin oleh seorang pegawai berintegriti dan berwibawa.

Masyarakat sivil tetap mengingati kes ini dan menganjurkan majlis peringatan tiap-tiap tahun. Tema tahun ini ialah “menjunjung kedaulatan undang-undang”, tujuannya ialah mengingati orang awam dan kerajaan bahawa semua kes kesalahan dan ketidakadilan di Malaysia mesti dibetulkan dengan membawa pesalah ke depan undang-undang dan mendapat hukuman yang munasabah.

Hanya dengan menegakkan kedaulatan undang-undang, hak asasi manusia dan keselamatan semua warganegara dapat dijamin oleh sistem demokrasi kita. Semua rakyat Malaysia, tanpa kira pekerjaannya sebagai pekerja kilang atau pekerja politik, keselamatan mereka mesti dijamin semasa memasuki premis pihak berkuasa. Tragedi memasuki pejabat SPRM dengan sihat tetapi keluar sebagai mayat seperti Teoh mesti dihentikan.