[Galeri] Kem Hak Asasi Manusia

Democracy Academy of Malaysia organized a the first human rights camp in Malay language from 4 to 6 August 2017 at Midah Hotel, Kuala Lumpur. 24 participants from various background learned subjects such as human rights theories, international human rights laws, human rights in Malaysia, human rights and development, rights-based approach in the camp. Speakers including Dr. Khoo Ying Hooi, Assc Prof Azmi Sharom, Ms. Firdaus Husni, Mr. Jerald Joseph.

Kem Hak Asasi Manusia 2017 telah berlangsung dari 4hb hingga 6hb Ogos 2017 di Hotel Midah Kuala Lumpur. 24 orang peserta daripada latar belakang berlainan telah mengambil bahagian dalam kem tersebut dengan Bahasa Malaysia merupakan bahasa pengantar.

Pada hari pertama, pensyarah kanan Universiti Malaya Dr. Khoo Ying Hooi mengucapakan tajuk “Teori dan Falsafah Hak Asasi Manusia”, beliau menjelaskan bagaimanakah konsep hak asasi manusia berevolusi sejak pembebasan hamba pada zaman pemerintahan Cyrus hingga zaman moden. Tambahan pula, beliau menjelaskan konsep-konsep seperti hak negatif dan hak positif, hak individu dan hak kolektif, tiga generasi hak asasi manusia, perdebatan antaran puak universal dan puak relativiti budaya.

Seterusnya, Prof. Madya Azmi Sharom memberi kuliah tentang “Undang-Undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa”, beliau menyatakan empat sumber utama undang-undang antarabangsa triti dan adat. “Walaupun kerajaan Malaysia belum menantangani triti-triti hak asasi manusia utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tetapi kamu boleh menggunakan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa tersebut untuk membuat advokasi untuk menuntut kerajaan melaksanakan hak-hak tersebut.” Pada waktu petang, Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam Firdaus Husni menerangkan hak-hak asasi manusia yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, misalnya hak kebebasan, hak beragama, hak bersuara dan hak berhimpun secara aman.

Pada hari kedua, Prof Madya Azmi Sharom menyambungkan isu hak asasi manusia dengan pembangunan lestari di Malaysia. Beliau menitikberatkan kepentingan penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) dan menggunakan kes cadangan pembinaan insinerator di Broga, negeri Selangor. Mahkamah menolak permohonan penyemakan Penggerak kempen menolak pembinaan insinerator Alice, atas alasan beliau tidak tinggal di Broga walaupun ibubapanya tinggal di situ. Azmi berpendapat litigasi kepentingan awam memerlukan hakim-hakim yang mendefinasikan hak asasi dan kepentingan awam secara luas.

Hari ketiga, peserta kem membuat lawatan ke komuniti Jinjang Selatan Tambahan, Kuala Lumpur untuk memahami isu pengusiran paksa di kawasan tersebut. Kami mendapat sambutan baik daripada dua jawatankuasa penduduk membantah pengusiran paksa. Mereka sudah bertapak di Jinjang Selatan Tambahan sejak 1967, Menteri Besar Selangor Harun Idris pada ketika itu janji memberi geran tanah untuk peneroka bandar. Tetapi mereka cuma dapat TOL (Temporary Occupation Licence) yang perlu dibaharui setiap tahun. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melarang penduduk membayar cukai tanah dan taksiran sejak 2006 dan menyerahkan tanah tersebut kepada satu pemaju untuk dibangun semula.

Bekas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia dan aktivis kanan S. Arulchevan yang sedang membantu penduduk dalam perjuangan untuk hak rumah mengatakan, istilah setingan adalah salah sebab warga Jinjang sebenarnya membangunkan tempat tersebut sendiri, meratakan kawasan lombong dan menggunakan sumber kewangan sendiri untuk mentransformasikan Jinjang kepda tempat kediaman hari ini. Walaupun majoriti penduduk Jinjang Selatan Tambahan adalah bukan Melayu, tetapi Pengusiran paksa bukan satu isu perkauman, ia adalah isu rampasan tanah antara yang kaya dan yang miskin, kampung Melayu ditempat lain juga diroboh dan penduduk diusir. Pada waktu petang, semua peserta masuk dalam kumpulan untuk menghasilkan esei dan video tentang isu Jinjang Selatan Tambahan.

Kredit Foto : Siew Yun, Sam Lee dan Yap Hwa