Penubuhan rangka undang-undang hak asasi manusia antarabangsa yang komprehensif menandakan satu kemajuan yang paling penting buat manusia pada abad ke-20. Wawasan untuk mewujudkan dunia yang damai di mana maruah semua orang dihormati dan menyelesaikan konflik dengan cara yang damai dikongsi seluruh masyarakat global. Kesemuaannya ini merupakan hasil daripada pelajaran pahit yang dipetik dari perang dunia yang tragis dan konflik yang membawa maut kepada berjuta-juta nyawa yang tidak berdosa.

Malaysia telah menyatakan komitmen mereka dalam pembangunan hak asasi manusia dengan memainkan peranan dalam beberapa konvensyen antarabangsa. Semasa pertemuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Malaysia menerima piagam berserta dengannya prinsip-prinsip hak asasi manusia yang telah ditetapkan. Selepas itu, Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita 1979, Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak 1989 dan Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya 2006. Kerajaan Malaysia juga menjadi ahli kepada Majlis Hak Asasi Manusia dan menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia pada tahun 1999. Sebagai anggota ASEAN, Malaysia juga merestui Piagam Hak Asasi Manusia ASEAN 2012.

Walau pun dikatakan mencapai tahap tinggi di pelbagai penanda aras dalam bidang Pembangunan Manusia dan berada di kedudukan ke-59 di dunia dalam Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), pelbagai pelanggaran hak asasi manusia berlaku di atas nama pembangunan ekonomi. Banyak komuniti menjadi mangsa kepada pengusiran paksa, pencemaran alam sekitar dan hak tanah adat yang dinafikan selama ini. Komuniti-komuniti yang terlibat menghadapi halangan yang besar untuk menyuarakan pemasalahan mereka akibat daripada kebebasan awam yang sangat terancam di Malaysia.

Masyarakat sivil telah menyeru kepada kerajaan supaya meratifikasi Perjanjian Antarabangsa mengenai Sivil dan Hak Berpolitik 1966 dan Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan 1966 tetapi nampaknya rayuan ini seolah-olah tidak diendahkan.

Dengan visi untuk menggalakkan kesedaran mengenai hak asasi manusia di kalangan masyarakat, kem hak asasi manusia ini bertujuan untuk memberi latihan yang sistematik berkenaan dengan falsafah hak asasi manusia, teori dan analisis untuk anak-anak muda dengan harapan bahawa mereka dapat pula menggunakan pengetahuan ini untuk memajukan hak asasi manusia dalam aktivisme, kerja-kerja politik, kewartawanan atau penyelidikan akademik.

 

Tarikh: 4hb Ogos 2017 — 6hb Ogos 2017
Masa: 9:00 — 18:00
Tempat: Hotel Midah, Kuala Lumpur.
Alamat: 8, Jalan Kampung Attap, Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur.

 

Bahasa pengantar:
Bahasa Malaysia

 

Ahli Panel:
Azmi Sharom, PhD, Profesor Madya Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya.
Khoo Ying Hooi, PhD, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya.
Firdaus Husni, Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan Majlis Peguam
Jerald Joseph, Pesuruhjaya SUHAKAM

 

Syllabus:
– Falsafah and Teori Hak Asasi Manusia
– Undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa
– Hak Asasi Manusia di Malaysia
– Hak Asasi Manusia dan Pembangunan Lestari
– Pendekatan Berbasis Hak
– Peranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
– Lawatan Lapangan

Yuran kem adalah RM50, yang meliputi kos makanan, minuman dan penginapan untuk kem.

 

Syarat permohonan:
1)Warganegara Malaysia yang berminat membelajari hak asasi manusia secara sistematik.
2) Semua peserta WAJIB mengikuti semua sesi program dalam tiga hari tersebut.

 

Bilangan peserta adalah terhad kepada 30 orang berdasarkan pemilihan. Sila isi borang permohonan di https://form.jotform.me/71565103067452.

Tarikh tamat permohonan adalah 16hb Julai 2017. Sekiranya permohonan anda berjaya, pihak penganjur akan menghubungi anda melalui emel pada atau sebelum 28hb Julai 2017.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Teng pada 017-7660933 atau akademidemokrasi@gmail.com