~ Ucapan Pengerusi Badan Amanah TBH Demi Demokrasi A. Samad Said di Majlis Makan Malam Pengumpulan Dana ‘Teguhkan Demokrasi, Tegakkan Hak Asasi’ pada 5hb Disember 2014 di Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, KL.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, tuan-tuan dan puan-puan.

Saya mewakili Badan Amanah TBH demi Demokrasi, berterima kasih kepada hadirin sekalian kerana membantu menjayakan Majlis Makan Malam Pengumpulan dana ‘Teguhkan Demokrasi, Tegakkan Hak Asasi’.

Pertubuhan ini bermula sebagai Gerakan Malaysians for Beng Hock pada 2010, untuk menyokong keluarga Teoh untuk menuntut keadilan dan jawapan tentang kematian Beng Hock. Selepas PRU-13, gerakan ini ditransformasikan menjadi Badan Amanah TBH demi Demokrasi, ataupun Teoh Beng Hock Trust for Democracy, untuk meneruskan perjuangan dan membantu mangsa-mangsa penindasan politik dan kematian dalam lokap seperti Beng Hock.

Dana yang dikumpulkan melalui majlis makan malam ini, akan digunakan untuk 3 tujuan, iaitu (1) Menyewa satu pejabat dan mengupah pegawai eksekutif, (2) Mengadakan dana guaman dan hak asasi untuk menyokong mangsa-mangsa penindasan politik dan kematian dalam lokap dalam proses menuntut keadilan, (3) Melancarkan pendidikan demokrasi dan hak asasi.

Adalah amat penting masyarakat sivil Malaysia mempunyai dana tersebut untuk melawan kezaliman dan ketidakadilan, kes Beng Hock, Ahmad Sarbani, Gunasegaran, Ulanganathan tidak patut berlaku sebab tahanan penguatkuasa sebenarnya tempat menjamin keselamatan warganegara, pihak penguatkuasa, polis atau SPRM adalah penuh bertanggungjawab ke atas setiap kematian.

Malangnya kekuasaan politik yang monopoli selama 57 tahun telah menyalahgunaan kuasa mereka, undang-undang dilanggar dan ketua polis membohong, jadi kes kematian dalam lokap berulang-ulang tanpa akhir.

Di samping itu, kerajaan persekutuan terus menggunakan akta-akta zalim zaman penjajahan seperti akta hasutan untuk menindas pimpinan parti politik dan gerakan sosial, sekurang-kurangnya 17 orang aktivis, wakil rakyat telah disiasat atau didakwa sejak PRU-13. Pihak berkuasa juga menggunakan Akta Perhimpunan Aman dan agensi kerajaan misalnya SPRM untuk menindas rakyat. Penindasan politik akan menyebabkan masyarakat penuh dengan teror putih, menakut-nakutkan opinion leader untuk bersuara, akhirnya mengakibatkan pemimpin yang korup terus memerintah.

Kami berharap, dengan mewujudkan dana guaman dan hak asasi ini, Badan Amanah TBH untuk Demokrasi dapat menyumbang kepada perjuangan demokrasi di Malaysia, kami akan terus bersama dengan masyarakat sivil dan NGO lain untuk melawan ketidakadilan, merealisasikan Malaysia bebas daripada kezaliman, penindasan politik, penyesakan dan kematian dalam lokap.

Terima kasih.