Kenyataan Media Gerakan Malaysians for Beng Hock

Gerakan Malaysians for Beng Hock (M4BH) menjemput semua rakyat menghadiri program “Memperingati Janji Najib Belum Ditepati Yang Melampaui 1270 Hari” Sempena Pelancaran Album “Dendang Anak Muda” Nik Jidan pada 18 hb Januari 2013, Hari Jumaat, 8:00 malam di Auditorium Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor (KLSCAH). Ia adalah anjuran bersama Gerakan M4BH dan Jawatankuasa Hak Sivil KLSCAH.

Nik Jidan adalah seorang penyanyi dan pencipta lagu yang banyak berhasil dalam bidang gerakan social. Lagu ‘Anak Muda Bernama Teoh’ yang mendedikasi kepada mendiang Teoh Beng Hock dan mengkritik rejim yang zalim telah dimasukkan ke dalam album baru “Dendang Anak Muda” ini.  Nik Jidan berjaya menyuarakan suara rakyat melalui lagu-lagu beliau, terutama sekali dalam perjuangan demokrasi, album tersebut juga merangkumi lagu-lagu ‘Janji Demokrasi’, ‘Asal Bukan UMNO’, ‘Revolusi Musik’, ‘Joget R’ dan ‘Bersih’. Anda boleh beli album tersebut pada hari pelancaran dengan harga istimewa RM15.

Sejak Perdana Menteri Najib Razak berjanji kepada keluarga Teoh pada 28 Julai 2013 bahawa beliau akan menyiasat insiden kematian Teoh Beng Hock dengan adil dan seluruh, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai yang mengakibatkan kematian Beng Hock — 1270 hari telah lalu.

Keputusan Inkues dan Suruhanjaya Siasatan Diraja amat mengecewakan kerana masih tiada jawapan tentang kematian Teoh, lima orang pegawai SPRM yang dinamakan oleh Majlis Peguam masih belum dikenakan tindakan, kes pendakwaan sivil keluarga Teoh ditundai buat selama-lamanya. Kami ingin bertanya kepada Najib Razak, manakah slogan ‘Janji Ditepati’ Barisan Nasional dan kenapa beliau tidak lagi bersuara tentang kes persekusi politik yang tidak berkeadilan ini?

Pihak penganjur juga menjemput seorang pencipta Luan Shi Xiu Xing untuk menyanyi lagu ‘Seorang yang jatuh dari bangunan tinggi’. Makanan ringan akan disediakan. Jika ada sebarang soalan, sila hubungi penyelaras Gerakan Malaysians for Beng Hock Chong Kok Siong 012-2138610 atau Ng Yap Hwa 012-2658448.

Chong Kok Siong

Penyelaras

Gerakan Malaysians for Beng Hock