Kenyataan Media Malaysia For Beng Hock

Sudah pun menjelang tahun ketiga sejak berlakunya peristiwa kematian mendiang Teoh Beng Hock, namun setakat ini belum lagi sesiapa yang didakwa ke mahkamah apatah lagi terdapat sesiapa yang bertanggungjawab ke atas kes tersebut. Begitu ketara sekali Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tidak mengendahkan janji beliau kepada keluarga Teoh bahawa “akan mendapatkan kebenaran untuk Teoh Beng Hock, boleh berjumpa dengan saya sekiranya tidak puas hati”, malah dengan ironinya kerajaan BN melancarkan pula kempen pilihanraya yang bertema “Janji Ditetapi”. Malaysia For Beng Hock mengecam Datuk Seri Najib tidak menetapi janji sama sekali, sebaliknya hanya mementingkan agenda politik sendiri, langsung tidak bertanggungjawab ke atas tragedi yang diakibatkan oleh kerajaan BN.

Justeru itu, Malaysia For Beng Hock kini melancarkan kempen “Jadi Teoh Lee Lan Buat 1 minit”, kempen ini mendesak semua rakyat Malaysia supaya menjadikan diri sebagai Teoh Lee Lan, adik kepada mendiang Teoh Beng Hock, dan menyoal Perdana Menteri, menteri-menteri BN, wakil-wakil rakyat atau pemimpin-pemimpin BN bahawa mengapa pembunuh Teoh masih belum dihukum, dan samada BN ingin mengelakkan diri dari tanggungjawab, setiap kali mereka berjumpa dengan individu-individu yang disebutkan.

Kami percayai bahawa dengan hanya 1 minit dari setiap rakyat, akan membuat sumbangan yang besar dalam menegakkan keadilan untuk mendiang Teoh. Biarlah kita menjadi Teoh Lee Lan yang berpuluh-puluh ribu banyaknya, dan menunjuk kepada kerajaan BN bahawa rakyat takkan melupai tragedi ini yang belum ditegakkan keadilannya.

Sekiranya rakyat yang prihatin merasai diri kurang berpeluang untuk berjumpa dengan pemimpin-pemimpin, mereka juga digalakkan supaya mencipta video pendek sendiri yang bertajuk “Soalan kepada Najib”, “Soalan kepada Chua Soi Lek”dan lain-lain, kemudian memuat naik video pendek tersebut ke atas facebook, twitter, e-mail mereka. Selain daripada itu, rakyat juga dicadangkan mengambil gambar sendiri dengan memegang kad-kad yang mencatatkan soalan-soalan sendiri, misalnya “Soalan kepada Najib: Bila keadilan untuk mendiang Teoh ditegakkan?”, “Soalan kepada Chua Soi Lek: Bilakah anda menunaikan janji untuk kes Beng Hock?”, kemudian juga mengirimkan gambar tersebut kepada mereka melalui media internet.

Pada pendapat kami, sekiranya rakyat Malaysia bersemangat untuk menyoal pihak berkuasa tentang ketidakadilan, mereka sebenarnya menyekat penyalahgunaan kuasa yang angkuh dan kurang peka kepada rakyat, dengan itu gerakan pemerkasaan warganegara ini dapat menyumbang kepada sistem demokrasi dan pelindungan hak asasi rakyat negara kita. Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas penyertaan semua.

Malaysia For Beng Hock telah menyediakan “Panduan Soalan Lee Lan” sebagai rujukan semua, maklumat selanjutnya sila melayari laman web kami: teohbenghock.org, atau menghubungi Chong Kok Siong(012-2138610)atau Ng Yap Hwa(012-2658448).

Penyelaras Malaysia For Beng Hock
Chong Kok Siong